Selasa, 8 November 2011

Kosmo Online - Infiniti


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Teknologi bantu golongan OKU

Posted:

Teknologi bantu golongan OKU

Teknologi bantu golongan OKU

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM

ACAPKALI golongan orang kelainan upaya (OKU) terpaksa berdepan dengan pelbagai rintangan dalam kehidupan semata-mata ingin menikmati secebis kemudahan ditawarkan kepada manusia normal.

Apakan daya, kadangkala kemudahan yang ditawarkan kepada golongan normal tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya golongan istimewa itu terutamanya bagi mereka yang berkerusi roda.

Secara tidak langsung, senario tersebut telah membantutkan niat golongan OKU dalam merasai pengalaman beriadah ataupun bersiar-siar bersama keluarga mahupun sahabat handai mereka.

Lebih menyedihkan ada di antara mereka terpaksa melupakan terus aktiviti beriadah kerana bimbang akan tanggapan mengenai sesuatu yang buruk atau perkara yang tidak diingini boleh berlaku kepada mereka di luar rumah.

Menyedari kepentingan tersebut, Ng Say Leng, 32, yang merupakan pemilik Pemilik SayIT Sdn. Bhd., telah membangunkan portal www.inclusivemalaysia.com.my yang amat membantu golongan OKU.

Antara lain, ia menawarkan maklumat mengenai kemudahan yang ditawarkan kepada golongan tersebut.

Lelaki berkerusi roda itu memberitahu, portal tersebut telah dibangunkan dan diselenggara bersama Yayasan Untuk Orang Kelainan Upaya Beautiful Gates dalam memberi platform dan informasi tentang destinasi pelancongan boleh guna serta tanpa halangan buat golongan OKU.

"Secara dasarnya, portal ini dibangunkan untuk memastikan golongan OKU dan warga emas dapat menjalani kehidupan dengan lebih berdikari dalam komuniti hari ini. Ia memaklumkan pelbagai informasi kepada mereka mengenai kemudahan yang boleh digunakan.


SAY LENG (kiri) sentiasa mengadakan perbincangan untuk menambah baik portal yang dibangunkannya demi kebaikan rakan-rakan yang senasib dengannya.


"Selain daripada itu, kita berharap dengan pembangunan portal ini, ia dapat membantu menggalakkan lebih banyak destinasi pelancongan boleh guna dan kawasan tanpa halangan di negara ini sekali gus memudahkan urusan riadah dan rekreasi golongan OKU," katanya kepada Kosmo!

Say Leng menambah, portal berkenaan juga boleh bertindak sebagai rujukan kepada mana-mana agensi ataupun kawasan tumpuan orang ramai untuk menaik taraf kemudahan mereka demi kegunaan golongan OKU.

Katanya, dia masih memerlukan bantuan pelbagai pihak dalam mengendalikan portal yang mendapat kerjasama daripada Yayasan Untuk Orang Kelainan Upaya Beautiful Gates dan ditaja Japan International Cooperation Agency (JICA) itu.

"Agak sukar mengendali portal tersebut seorang diri dan saya memerlukan bantuan daripada pelbagai pihak untuk memastikan ia dapat beroperasi dengan baik serta sempurna.

"Buat masa ini, kami belum melancarkan portal berkenaan secara rasmi lagi tetapi sudah ada golongan OKU yang menggunakan portal tersebut. Ia juga telah diguna pakai golongan OKU luar negara," ujarnya lagi.

Pengalaman sendiri

Mengimbas kembali faktor yang membuatkan Say Leng bermotivasi membangunkan portal berkenaan, dia memberitahu bahawa dirinya pernah mengalami kesukaran apabila menggunakan perkhidmatan awam.

Keluhnya, tempat berkenaan tidak menyediakan lif untuk golongan berkerusi roda.

Lebih menyedihkan, tempat berkenaan juga tidak menyediakan laluan tanjakan (ramp) untuk pengguna berkerusi roda sehingga menyukarkan pergerakannya.

"Menyedari informasi sebegini amat penting, saya telah membangunkan portal berkenaan untuk bersama-sama berkongsi informasi tdengan golongan OKU yang lain. Saya yakin bahawa dunia maya membolehkan lebih ramai orang dapat mengakses maklumat tersebut.



"Melalui portal ini, saya cuba mengetengahkan beberapa kategori maklumat seperti pengangkutan, destinasi pelancongan, pusat beli-belah, agensi kerajaan, pusat pengajian, riadah dan kemudahan yang mesra golongan OKU," jelas Say Leng.

Selain daripada itu, Timbalan Presiden Masyarakat Berdikari OKU Selangor itu menambah, di portalnya akan disediakan pilihan kategori mengikut negeri bagi memudahkan capaian pengguna di seluruh negara.

Bagaimanapun, katanya yang tidak mempunyai latar belakang dalam pembangunan laman web, disebabkan portal itu masih dalam proses penyusunan kandungan, informasi itu masih belum dikemas kini.

"Kami sangat mengalu-alukan maklum balas orang ramai untuk berkongsi maklumat terutamanya yang melibatkan kemudahan buat golongan OKU.

"Kami juga sedang mencari sukarelawan untuk menyalurkan maklumat berhubung hal-hal memperbaiki portal berkenaan dalam masa terdekat," katanya.

Kepentingan kemudahan

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Yayasan Untuk Orang Kelainan Upaya Beautiful Gates, Sia Siew Chin, berkata, portal yang dibangunkan tersebut boleh memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai kepentingan kemudahan OKU.

"Dengan mempromosikan pelancongan boleh guna oleh semua pihak, kita berharap dapat mengubah persepsi bahawa kemudahan mesra OKU bukanlah satu pembaziran tetapi pelaburan.

"Pelancongan boleh guna oleh semua pihak tidak terhad kepada golongan minoriti seperti OKU tetapi ia juga boleh digunakan golongan warga emas," katanya sambil menjelaskan bahawa semua orang akan meniti usia tua kelak.


MAYBANK Taman Connaught, Kuala Lumpur merupakan antara premis perbankan yang mesra golongan OKU.


Siew Chin menambah, masih ada pihak yang beranggapan bahawa usaha menawarkan kemudahan kepada golongan OKU adalah perbelanjaan tambahan yang tidak perlu dilakukan.

Dia yang pernah ditaja menjadi panel jemputan sebagai penceramah kehidupan positif di luar negara termasuk Korea Selatan dan Taiwan menjelaskan, kemudahan OKU merupakan satu pelaburan malah mampu menarik lebih ramai pengunjung OKU termasuk dari luar negara.

"Kita perlu fikir dari sudut pelaburan yang dapat memberikan keuntungan. Sebagai contoh, terdapat ramai pelancong luar negara terdiri daripada golongan OKU tetapi mereka ingin mengunjungi destinasi yang mesra OKU.

"Secara tidak langsung, kemudahan yang ditawarkan dapat menarik lebih ramai pelancong luar negara sekali gus meningkat ekonomi. Ia sama sekali tidak membebankan masyarakat ataupun negara," ujarnya.

Katanya, dia sangat berharap akan lebih banyak pihak mengambil pertimbangan dalam menawarkan kemudahan mesra OKU untuk memastikan golongan tersebut dapat menjalani kehidupan berdikari.

Full content generated by Get Full RSS.

Menuai kabus demi setitis air

Posted:

Menuai kabus demi setitis air

Menuai kabus demi setitis air


PROJEK yang dibangunkan sejak tahun 2007 ini mampu membekalkan air bersih sehingga 2,500 liter jika cuaca baik.


APABILA kepulan kabus berkumpul di atas gunung-ganang berbatu mengelilingi sebuah perkampungan Afrika Selatan, riak wajah anak-anak tempatan kelihatan keseronokan lantaran mengetahui mereka akan menikmati air minuman bersih di sekolah.

Tidak ubah seperti kebanyakan kawasan luar bandar di negara berkenaan, bekalan air bersih di kampung Tshiavha wilayah Limpopo agak sukar diperoleh. Maka, jaring-jaring penuaian kabus yang diletakkan di kawasan sekolah telah membawa sedikit kelegaan kepada penduduk.

Dengan landskap bergunung-ganang dan iklim berkabus membuatkan kampung Tshiavha merupakan salah satu daripada beberapa kawasan kering di Afrika Selatan sesuai menjadi lokasi menawan kabus menggunakan sistem yang diguna pakai di Banjaran Andes dan Himalaya.

Bagaimanapun, pakar-pakar telah membuat ramalan bahawa Afrika Selatan akan menjadi semakin kering dan panas dalam tempoh empat dekad lagi.

Skim yang diguna pakai itu akan membawa perubahan baharu apabila Afrika Selatan bakal menjadi tuan rumah kepada perbincangan iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada bulan ini.


Jaring-jaring halus setinggi empat meter yang kelihatan seperti jaring bola tampar ini berfungsi untuk memerangkap titisan air daripada kabus.


Projek penuaian kabus yang telah dibangunkan pada 2007 dengan bantuan sebuah universiti tempatan memperlihatkan kabus terperangkap dalam jaring-jaring mampu membekalkan air sehingga 2,500 liter ketika hari terbaik.

"Air yang diperoleh melalui proses ini lebih bersih dan selamat kerana tiada bahan kimia," kata Pengetua Sekolah Rendah Tshiavha, Lutanyani Malumedzha.

Menurut Malumedzha lagi, akses terhadap air bersih memberikan impak ketara kepada pelajar-pelajar sekolah malah mengurangkan wabak penyakit yang dibawa oleh air.

"Kebiasaannya, pelajar-pelajar ini akan membawa bekalan air sendiri ke sekolah pada bulan kering dan panas. Air tersebut pula dikumpul daripada perigi berlumpur dan tidak sesuai diminum manusia," katanya.

Di sesetengah kawasan pula, masyarakat setempat akan berkongsi air bersama lembu-lembu.

Walaupun, kualiti air Afrika Selatan dinilai sebagai antara terbaik di dunia, masyarakat di kawasan luar bandar masih berdepan keterbatasan bekalan air bersih.

"Kita telah mempelajari untuk menghargai air dan menganggap ia sebagai komoditi tidak ternilai dalam masyarakat.

"Tiada setitik airpun akan dibazirkan. Setengah daripadanya akan pergi ke sana," kata Malumedza sambil menunjuk ke arah kebun sayur yang menyediakan makanan untuk skim makanan sekolah.


TITISAN air yang dituai akan mengalir ke tangki penakungan melalui sebuah saluran yang dihubungkan daripada jaring penuai.


Jaring halus yang berdiri kukuh setinggi empat meter di luar taman permainan sekolah kelihatan seakan-akan jaring bola tampar kecuali terdapat palung titisan air menghubung kepada tangki air terletak beberapa meter.

Malumedza menambah, penggunaan sistem berkenaan tidak melibatkan tenaga elektrik dan memerlukan penyelenggaraan yang sedikit bagi memastikan ia berfungsi dengan baik.

Sebagai sebuah negara yang agak kering, air sukar didapati di Afrika Selatan dan kawasan terpencil tidak mempunyai infrastruktur menerima tamparan paling hebat apabila berlaku pola perubahan cuaca.

"Ini merupakan alternatif kos efektif yang boleh diterokai dengan jayanya memandangakan cabaran air dialami negara," kata Penyelidik Universiti Pretoria, Liesl Dyson.

Wilayah Limpopo utara, yang dipisahkan negara Botswana, Zimbabwe dan Mozambique merupakan kawasan cukup terkenal menempatkan Taman Negara Kruger. Ia juga merupakan salah satu kawasan paling panas di negara berkenaan.

Begitupun, kawasan berkenaan merupakan salah satu lokasi yang mempunyai iklim sesuai untuk melakukan penuaian kabus.

"Kabus sahaja tidak mencukupi, ia turut memerlukan sedikit angin untuk meniupnya.

"Ia tidak banyak membantu sekiranya kabus terhenti pada satu kedudukan di gunung-ganang tanpa bergerak," kata Dyson.

Dia berkata, sistem berkenaan telah digunakan di beberapa kawasan pantai barat dan wilayah Eastern Cape, Transkei.

Dalam pada itu, menurut Majlis Kajian Saintifik dan Perindustrian, Afrika Selatan mempunyai hujan tahunan mencecah 490 milimeter merupakan separuh daripada purata jumlah dunia.

Walaupun tidak berdepan isu perubahan iklim, Afrika Selatan dijangka berdepan masalah kekurangan bekalan air pada tahun 2025.

Dalam perancangan, empangan baharu di Lesotho akan dibina untuk menambah bekalan air negara. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved