Selasa, 22 November 2011

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Kejayaan berganda

Posted:

Kejayaan berganda

Kejayaan berganda

KEMENANGAN yang tidak perlu dipertikaikan lagi! Jenaka yang dilontarkan Fauziah Datuk Ahmad Daud dan Johan Raja Lawak, hos Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM 24) yang berlangsung malam kelmarin itu seolah-olah suatu pernyataan tegas bahawa FFM kali ini tidak mahu terpalit dengan kontroversi berkait dengan senarai kemenangan, biarpun sudah pasti ada yang pihak yang tidak berpuas hati.

Apa yang jelas, keputusan untuk semua kategori yang dipertandingkan FFM 24 sudah diumumkan!

Festival Filem Malaysia kali ini juga telah mencipta sejarah apabila mempertaruhkan pertembungan 41 filem cereka, 30 filem pendek, 9 filem animasi dan 6 filem bukan bahasa Melayu bagi merebut sebanyak 23 kategori yang dipertandingkan.

Namun, FFM 24 nyata dikuasai KRU Studios menerusi kejayaan filem Hikayat Merong Mahawangsa meraih lapan anugerah termasuk kategori tertinggi Filem Terbaik yang menawarkan hadiah wang tunai RM25,000 selain trofi dan sijil.

Filem Skop Productions, KL Gangster turut mencapai kejayaan cemerlang dengan menguasai enam anugerah termasuk kategori Pengarah Terbaik.

Syamsul Yusof, Siti Shahrizah Saifuddin atau Eja dan juga Shaheizy Sam turut gemilang apabila meraih 'kemenangan berganda'. Jika tahun lepas pada FFM 23, dia dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik, nampaknya kategori tersebut masih dikuasai anak bujang Datuk Yusof Haslam itu pada tahun ini.

Eja juga boleh dikatakan menang berganda apabila sekali lagi terpilih sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Janin untuk Festival Filem Malaysia (FFM 24) selepas sebelum ini diumumkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi Anugerah Skrin 2011, juga hasil lakonannya menerusi Janin.

Bagi Shaheizy Sam pula, ia nyata kemenangan berganda kerana jika pada FFM 23 dulu dia diumumkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Kongsi.

Ditemui usai majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu, ketiga-tiga Syamsul, Eja dan Sam meluahkan rasa kemenangan yang dikecapi mereka itu kepada Kosmo!.

Tiada lagi air mata Syamsul


KEMENANGAN Syamsul kali ini tidak menimbulkan sebarang pertikaian.


Tiada lagi adegan air mata daripada anak bujang penerbit dan pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam iaitu Syamsul Yusof, 28, apabila sekali lagi dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik kali ini menerusi filem KL Gangster. Ironinya, pengarah muda itu tampil yakin menggondol trofi kemenangannya dua kali berturut-turut menerusi FFM.

Biarpun berusia muda, Syamsul sekali lagi membuktikan kehebatannya dalam mengarah apabila berjaya menewaskan empat calon lain yang bukan calang-calang seperti Yusry Abdul Halim (Hikayat Merong Mahawangsa), Mamat Khalid (Hantu Kak Limah Balik Rumah), Ahmad Idham (Senjakala) dan Osman Ali (Cun).

Meluahkan rasa syukur dengan rahmat Allah, Syamsul tidak menjangkakan kemenangannya pada malam itu apabila dia merasakan Yusry yang akan menang.

"Bukan mudah nak menang pengarah terbaik dua kali berturut-turut. Seperti FFM 23 saya tidak meletakkan harapan yang tinggi. Saya memang tak jangka apa-apa.

"Saya rasa diri sangat kecil tercalon bersama dengan pengarah yang hebat-hebat. Memang pada mulanya saya jangka Yusry yang akan menang. Tetapi syukur saya dipilih juri untuk meraih kemenangan ini," luahnya.

Kemenangannya itu juga kata Syamsul, ditujukan buat kedua ibu bapanya.

"Anugerah ini adalah untuk ayah. Daripada kecil mengikut ayah ke set penggambaran dan belajar selok-belok dunia pengarahan minat saya mula timbul. Memang pada awalnya saya ayah selalu kritik hasil kerja saya dan tidak merasakan saya layak lagi mengarah namun sekarang saya sedar kritikan dan marahnya bersebab. Dia mahu saya jadi pengarah terbaik," ucapnya.

Syamsul yang bakal memulakan penggambaran filem KL Gangster 2 pada bulan Disember ini memberitahu, dia bukan menghasilkan filem tentang gengster semata-mata tetapi dengan matlamat untuk membuka minda dan hati orang muda .


SHAHEIZY SAM semakin bersemangat meneruskan karier lakonan impak kejayaannya.


Ditanya adakah dia teringin menghasilkan filem antarabangsa, kata Syamsul, buat masa sekarang dia ingin menumpukan untuk menghasilkan filem bagi pasaran tempatan.

"Memang menjadi idaman setiap pengarah untuk berkarya sehingga ke luar negara. Ia untuk membuktikan yang kita sudah mampu. Bukan bergantung semata-mata kepada kreativiti tetapi perancangan perniagaan juga," katanya lagi.

Eja terkilan

Jika dulu Eja, 39, pernah dikritik hebat disebabkan melakonkan watak Qaseh yang sedang menanti ajal dengan memakai bulu mata palsu dalam drama Seputih Qaseh Ramadan, kini dia membuktikan kehebatan lakonannya telah disahkan dengan kemenangannya di FFM 24.

Watak Sutera dalam filem Janin berjaya mengangkat nama Eja sebagai Pelakon Terbaik sekaligus melayakkan Eja membawa pulang wang tunai RM15,000, trofi, sijil dan barangan kemas bernilai RM40,000 sumbangan Amee Philips.

"Ini kemenangan berganda dan tahun yang sangat bertuah buat diri saya apabila dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik untuk filem Janin dua kali berturut-turut.

"Ia juga merupakan naskhah terbaik daripada saya untuk penutup tahun 2011. Sebaliknya, ia juga merupakan pencetus semangat buat saya untuk melakukan yang terbaik di masa-masa akan datang," ujarnya.

Tambahnya: "Watak Sutera yang dilakon saya dalam filem Janin sangat kuat. Sutera merupakan isteri dan ibu. Watak ini banyak bermain dengan emosi dan spiritual yang mana anaknya yang mati hadir kembali dalam hidup dia.


KARAKTER Eja dalam filem Janin membawa tuah buat dirinya tahun ini.


"Istimewanya skrip Wan Hasliza ini adalah kerana dia memang buat skrip ini khas untuk saya. Dia memandang saya terus ke dalam dan kalau bukan kerana dia, saya tak akan menang pada malam ini. Tidak seperti penerbit dan penulis lirik lain."

Eja yang mengakui cerewet dalam pemilihan skrip dan jalan cerita juga memberitahu, filem itu merupakan filem ke-8 sepanjang 15 tahun dia berada dalam industri seni.

"Jika buat watak pembantu sekalipun, Eja akan pastikan ia bagi pengajaran serta meninggalkan kesan kepada penonton, dan bukan semata-mata hiburan saja. Bagi Eja, hasil kerja Eja harus dikenang dan diingati sampai bila-bila walaupun ketika Eja sudah tak ada lagi.

Permulaan buat Sam

Shaheizy Sam pula mengucapkan syukur dengan kemenangannya pada FFM 24 kali ini. Namun, anak muda ini nyata tidak mahu larut dengan kemenangannya itu, malah menganggap ini sebagai suatu peniup semangat dan permulaan buat dirinya untuk terus berusaha gigih dalam dunia lakonan.

"Alhamdulillah Sam tidak percaya dan masih tidak rasa diri ini berjaya dinobatkan sebagai pelakon lelaki terbaik.

"Tetapi juri lebih mahir membuat keputusan memilih calonnya dan saya gembira kerana terpilih daripada calon-calon lain yang juga hebat," katanya yang berpenampilan seperti seorang ahli magis pada malam anugerah itu," ujarnya.

Kata Sam, dia masih belum berpuas hati dengan pencapaiannya. Kecuali jika industri filem dan hasil kerjanya ditonton sehingga keluar negara.

"Ini sebenarnya satu permulaan buat saya untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik di masa-masa akan datang," katanya yang akan muncul untuk lima filem pada 2012 iaitu Songlap, 8 jam, Aku Ada Kau Ada, Adnan Sempit 2 dan Nyangkung 2.

Full content generated by Get Full RSS.

Kemenangan Libas dipertikai

Posted:

Kemenangan Libas dipertikai

Kemenangan Libas dipertikai

Oleh HARYATI KARIM


SELEPAS dikritik kerana menang Anugerah Pengarah Harapan pada FFM 24, kini filem arahan Jurey, Libas dikritik pula kerana merangkul anugerah untuk kategori Cerita Asal Terbaik.


BERAKHIR sudah Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM 24) yang bertemakan Gemilang Filem Malaysia yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, kelmarin. Namun, gemilang sambutan FFM 24 tidak dapat dirasai apabila melihat banyak kerusi kosong dan majlisnya boleh dikatakan berjalan secara mendatar.

Penyelamat majlis malam itu terletak di tangan pengacaranya Fauziah Datuk Ahmad Daud dan Johan yang dilihat bersungguh-sungguh untuk membikin lawak, menaikkan mood penonton di rumah dan juga di pusat konvensyen serta membaca segala info yang berjela-jela.

Malah, persembahan malam itu juga berada di tahap biasa-biasa sahaja, tiada yang luar biasa. Sekadar mampu melihat tidak terkesan di hati.

Mungkin kerana ini penganjuran Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) yang pertama masih banyak yang mereka perlu perbaiki.

Apapun syabas buat Gafim kerana berjaya menganjurkan FFM 24 meskipun disulami pelbagai kontroversi sejak dari perancangan FFM 24 berjalan. Malam itu, kebanyakan calon yang diramalkan menang berlandaskan prestasi dan kualiti namun satu anugerah telah mengundang kontroversi.

Anugerah yang dimaksudkan adalah untuk kategori Cerita Asal Terbaik yang dimenangi oleh filem Libas menerusi karya Martias Mohd. Ali yang mana ia merupakan filem pertama arahan Presiden Gafim sendiri, Jurey Latiff Rosli!

Apa yang dipertikaikan bagaimana filem ini boleh memenangi Cerita Asal Terbaik sedangkan pengarah dan penerbitnya terang-terangan mengakui mereka mengambil sedikit idea daripada filem Hong Kong, Shaolin Soccer dan sekadar menambahbaik untuk dihasilkan menjadi filem Libas.

Apabila ditonton, memang filem itu mirip dengan filem Shaolin Soccer, cuma ia seolah-olah ditukar wajah untuk disesuaikan dengan selera Malaysia sahaja. Jurey yang ditemui pada sesi sidang media FFM24 bagaimanapun berharap kemenangan Libas untuk kategori tersebut tidak perlu dijadikan isu kerana ia terletak di tangan juri yang memilih.

"Saya bukan calon kategori Cerita Asal Terbaik, syarikat MDAG Marketing yang menghantar filem itu kerana ia layak bertanding. Juri yang memilih untuk filem Libas menang, saya tidak ada kena mengena dengan penjurian," balas Jurey.

Kemenangan filem Libas untuk kategori Cerita Asal Terbaik telah mengalahkan empat filem yang lain iaitu Hantu Kak Limah Balik Rumah (arahan Mamat Khalid), Khurafat (Syamsul Yusof), KL Gangster (Syamsul Yusof) dan Nur Kasih The Movie (Mira Mustaffa).

Tidak perlu pertikaian

Libas juga dalam pada itu terpilih untuk memenangi salah satu kategori khas juri iaitu kerana memaparkan elemen seni warisan Nusantara iaitu permainan sepak raga atau sepak takraw.

Nampaknya selepas ini, jika ada mana-mana penerbit yang berani menerbitkan filem yang ada unsur-unsur tradisi pasti akan memenangi anugerah khas juri pada tahun hadapan!

Bercakap mengenai anugerah-anugerah khas juri pada FFM 24, Pengerusi Jawatankuasa Penjurian dan Penyertaan, Nancie Foo menjelaskan, semua pemenang yang dipilih untuk menerima anugerah khas juri kerana mereka layak dan pihak juri telah sebulat suara memilih pemenangnya.

"Tidak perlu ada sebarang pertikaian, semua pemenang yang dipilih kerana kualiti serta sumbangan mereka ke dalam industri," kata Nancie.

Selain Libas, anugerah khas juri turut diberikan kepada filem Janin sebagai filem berbentuk seram/mistik terbaik. Walaupun filem itu tidak mendapat kutipan pecah panggung, namun pengisian filem tersebut mengenai kasih sayang ibu dan anak yang bertukar menjadi hantu telah melayakkan Janin untuk menerima anugerah tersebut mengalahkan 21 buah filem seram lain yang turut bertanding di FFM 24.

Dua lagi anugerah khas juri diberikan masing-masing kepada Allahyarham Zami Ismail untuk anugerah Pelakon Komedi Terbaik dan juga anugerah Bintang Wayang Gambar yang diterima oleh pelakon Sidek Hussein yang dinilai berdasarkan kecemerlangan, kecekalan dan disiplin yang tinggi sebagai pelakon.

Full content generated by Get Full RSS.

Mizz Nina idam konsert sendiri

Posted:

Mizz Nina idam konsert sendiri

Mizz Nina idam konsert sendiri

Oleh HARYATI KARIM


SUSAN TAN (dua dari kanan) bersama Mizz Nina dalam sidang akhbar pengumuman Mizz Nina sebagai artis pembukaan Konsert Pittbull Live in Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini.


PENYANYI Mizz Nina kerap dipilih sebagai artis pembukaan konsert antarabangsa di Malaysia dan terbaru dia bakal membuka tirai konsert penyanyi rap Pitbull yang popular dengan lagu Give Me Everything pada 1 Disember depan di Konsert Pitbull Live in Malaysia di Surf Beach, Sunway Lagoon.

Menyifatkan pemilihannya sebagai satu tuah kerana dia sendiri merupakan peminat kepada penyanyi itu dan memasang angan-angan untuk berduet dengannya suatu hari nanti.

"Saya memang merupakan peminat Pittbull, bila dengar dia akan buat konsert di Kuala Lumpur, saya memang teruja, dan apabila ditawarkan untuk jadi artis pembukaan konsertnya saya memang bersyukur dan tidak berfikir panjang untuk menerima tawaran daripada penganjur.

"Sebenarnya sebelum ini saya ada terfikir untuk berkolaborasi bersama Pitbull nampaknya belum ada peluang, mungkin selepas konsert ini peluang kami untuk bekerjasama lebih cerah. Dalam konsert itu saya akan menyanyikan tiga buah lagu termasuk sebuah lagu baharu saya," ujarnya yang ditemui pada sesi sidang media konsert Pittbull Live in Malaysia.

Mizz Nina yang sedang hangat dengan lagu Take Over bersama Flo Rida, kini sibuk melakukan persiapan dan mengumpul material untuk album keduanya. Dia juga sedang mencari penyanyi tempatan yang sesuai untuk berkolaborasi bersama.

"Sekarang ini saya sedang mencari artis tempatan untuk berkolaborasi bersama untuk album kedua, setakat ini belum ada lagi yang bersetuju tetapi di fikiran saya antara nama yang ingin sangat saya bekerjasama adalah Datuk Sheila Majid.

"Saya juga ada terfikir untuk bekerjasama dengan penyanyi dari Taiwan kerana itu salah satu cara untuk saya kembangkan kerjaya saya ke sana. Apabila saya ada satu lagu single dalam bahasa Mandarin, mereka mungkin akan kenal saya dan mencari lagu-lagu saya sebelum itu," balas Mizz Nina yang merupakan isteri kepada vokalis Hujan, Noh.

Mizz Nina yang sebelum ini pernah menjadi artis pembuka tirai untuk konsert penyanyi Bruno Mars dan Justin Bieber turut memasang impian untuk mengadakan konsert sendiri selepas kerap diundang untuk konsert penyanyi lain.

"Impian saya untuk mengadakan konsert khas buat peminat pada tahun depan. Konsert itu akan dilakukan dalam skala kecil. Mungkin saya akan menjemput beberapa penyanyi undangan untuk konsert itu.

"Setakat ini belum ada kata putus mengenainya, cuma konsert itu akan berlaku pada tahun hadapan. Saya memang tidak sabar kerana tanyalah pada mana-mana penyanyi pun, mereka semua mengidamkan untuk mengadakan konsert sendiri, begitu juga dengan saya," tutur Nina.

Selain sibuk dengan album serta perancangan konsert, Mizz Nina juga ada jenama pakaiannya sendiri iaitu Mizz Demeanor yang dijual secara talian di laman sesawang Mizz Demeanor.com.

"Saya seorang peminat fesyen, saya kerap ditanya peminat mereka ingin pakaian seperti saya, jadi saya keluarkan fesyen yang menggambarkan fesyen Mizz Nina. Harganya juga tidak mahal bermula daripada RM50 sehinggalah ke RM150," beritahunya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif JS Concert, Susan Tan selaku penganjur konsert, berkata, pemilihan Mizz Nina sebagai penyanyi pembukaan konsert tersebut adalah tepat dan bersesuaian.

"Bagi saya, tiada lagi penyanyi tempatan lain pada waktu ini yang lebih baik selain Mizz Nina. Lagipun, genre muzik mereka yang rancak dan bertenaga itu sangat bersesuaian antara satu sama lain," jawabnya.

Selain Mizz Nina, konsert Pitbull Live in Malaysia yang dibawakan oleh JS Concert dan DiGi itu turut menampilkan DJ Joe Maz dan DJ Big Shype.

Buat peminat yang ingin menonton konsert itu jangan lupa dapatkan tiket-tiket berharga RM138 (tiket biasa), RM198 (party zone), RM298 (mosh pit) dan RM398 (tempat duduk VIP) yang kini boleh didapati menerusi laman web www.ticketpro.com.my, kedai muzik Victoria Muzik, The Guitar Store, rangkaian Rock Corner atau hubungi talian 03-7880 7999.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved