Selasa, 8 November 2011

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Ketelusan ASK 2011

Posted:

Ketelusan ASK 2011

Ketelusan ASK 2011

BERAKHIR sudah debaran karyawan seni tanah air, khususnya untuk penggiat filem dan drama serta pemain atau pelakon yang telah disenarai sebagai antara yang terbaik dalam Anugerah Skrin 2011 (ASK 2011) apabila semua keputusan diumumkan pada malam Jumaat lalu.

Secara jujur, majlis yang berlangsung selama dua jam setengah dengan pelbagai variasi hiburan yang kebanyakannya diberi ruang kepada artis generasi muda itu kelihatan tidak mempunyai sebarang momentum.

Majlis juga mendatar biar pihak penganjur meletakkan aktres Rozita Che Wan yang pertama kali menjadi hos bersama Ally Iskandar. Tiada yang terlebih menarik, kecuali 'persembahan hos' yang tipikal dengan usik-usik serta mengikut skrip yang tersedia.

Namun jauh di sebalik sebuah rancangan secara langsung yang sedang dipertontonkan kepada audiens, ASK 2011 sebenarnya telah mencapai sasaran dengan mengiktiraf golongan karyawan yang layak untuk diangkat sebagai paling terbaik.

ASK 2011 kali ini mempertandingkan sebanyak 23 kategori yang meliputi kategori drama, filem dan penerbitan dalaman serta dua anugerah khas iaitu Anugerah Artis Harapan Pantene dan Anugerah Yasmin Ahmad.

Setiap keputusan tiada pertikaian untuk semua kategori kecuali kategori Filem Terbaik yang tiba-tiba dimenangi oleh Magika milik KRU Studios kerana dalam kategori kecil, Magika tidak memenangi sebarang anugerah. Hal itu bagaimanapun dijawab Presiden Eksekutif Kumpulan KRU, Norman Abdul Halim dengan realistik.

Katanya yang mengaku datang tanpa harapan: "Magika seperti mengulangi kejayaan dalam Festival Filem Malaysia Ke-23 (FFM 23) yang lalu apabila sekali lagi diangkat sebagai filem terbaik dalam anugerah ini. Ini adalah kemenangan pertama kami dalam ASK 2011. Magika mempunyai keistimewaan tersendiri dan saya menghargai kemenangan ini kerana kita tidak tahu kehendak juri."

Satu lagi keputusan yang kurang mendapat sambutan hangat adalah kategori Pelakon Lelaki Terbaik Filem yang dimenangi Remy Ishak melalui lakonannya dalam filem Cun. Banyak yang berpendapat lakonan yang lebih memberangsangkan diberi pesaingnya iaitu Aaron Aziz, Ady Putra dan Shaheizy Sam dilihat lebih menonjol kerana mereka dilihat keluar dari kepompong lakonan biasa.


DATIN PADUKA UMIE AIDA dan Eja berkongsi kemenangan sebagai pelakon wanita terbaik filem dan drama.


Sementara bagi lebih 20 keputusan lain yang dipertandingkan, semua berada dalam radar yang dijangka, terutama kemenangan besar drama sulung arahan pelakon senior Sabri Yunus, 50, Sanggul Beracun. Ia boleh disifatkan sebagai malam milik Sabri, seorang calon sutradara underdog yang akhirnya menerima pengiktirafan luar biasa secara peribadi bagi dirinya dalam anugerah tersebut.

Sanggul Beracun membawa pulang empat anugerah utama termasuk Videografi Terbaik, Lakon TV Terbaik, Pengarah Terbaik Drama dan Drama Terbaik. Sabri yang ditemui semasa sidang akhbar ternyata gugup dengan kemenangan besar yang diperoleh.

Akui Sabri yang sinonim dengan produk berbentuk sitkom, dia hanya menyandarkan harapan kepada pelakon wanita drama tersebut, Erra Fazira untuk menang Pelakon Drama Terbaik. Namun, sebaliknya yang berlaku apabila dia yang menang dan bukan Erra yang tewas di tangan rakan baiknya, Umie Aida.

"Saya tidak mempunyai harapan yang besar terhadap Sanggul Beracun. Apabila menang besar, saya terfikir saya patut mengarah sejak lama dulu. Mungkin sebelum ini tiada yang membuka ruang dan saya sendiri tidak mencari peluang untuk menumpahkan karya saya.

"Saya akui ini adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti ini. Syukur kerana karya ini diberi pengiktirafan walaupun saya secara peribadi kecewa kerana Erra tidak menang kerana dia terlalu bagus di dalam karya ini," katanya yang tidak menolak untuk aktif mengarah selepas ini jika peluang terbuka luas buatnya.

Sementara Sabri meraih kemenangan besar untuk kategori drama, pengarah Osman Ali pula mencipta wilayah kemenangannya tersendiri apabila filem arahannya, Cun, turut membawa pulang tiga anugerah besar. Osman sendiri diangkat sebagai Pengarah Terbaik Filem. Dua orang pelakonnya iaitu Remy Ishak membawa pulang predikat Pelakon Lelaki Filem Terbaik dan Nadia Nisa dinobat sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem.

Menurut Osman, dia juga tidak memasang angan yang besar untuk filem yang disifatkannya sebagai filem kecil jika dibandingkan dengan saingannya seperti Merong Mahawangsa atau Magika. Namun dia tetap bersyukur dengan kemenangan yang berpihak kepadanya dan berangggapan dua pelakonnya memang layak menang kerana kredibiliti mereka.

Kemenangan Datin Paduka Umie Aida sebagai Pelakon Wanita Drama Terbaik menerusi lakonan mantapnya dalam drama Airmata Nursalina memang sudah diduga. Kemenangan kali ketiga dengan status yang sama dalam anugerah yang sama ini bagaimanapun tidak membuat Umie megah.


SABRI YUNUS tersenyum besar bersama empat trofi yang dirangkul menerusi drama sulung arahannya, Sanggul Beracun.


"Saya selalu ingat pesan kakak saya, Erma Fatima. Menang atau bangga dengan anugerah itu hanya bersifat sementara iaitu semasa saya di atas pentas sahaja. Sebaik turun dari pentas, saya sebenarnya sedang menggalas tanggungjawab yang lebih besar iaitu harus memberi yang lebih baik pada persembahan akan datang," katanya yang mengaku suka bekerja dengan Erma kerana mereka boleh berkomunikasi dengan baik untuk menjayakan sesuatu projek.

Siti Shahriza atau Eja yang cukup terkenal sebagai dramatis mengukir sejarah peribadi apabila dinobat sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filem yang diperoleh menerusi lakonan dalam filem seram Janin.

Sedar bahawa filem seram tersebut tidak mendapat publisiti meluas, namun kata Eja yang sudah 15 tahun menjadi pelakon, dia bersyukur kerana kemenangan berpihak kepadanya. Bagi hemat Eja, filem berat seperti Janin terbitan Grand Brilliance Sdn. Bhd itu mempunyai kekuatan tersendiri.

"Saya amat bersyukur dengan pencapaian yang saya peroleh hari ini. Saya mengaku saya seorang yang amat cerewet dan begitu mementingkan kualiti dan saya percaya Janin adalah sebuah filem yang baik dengan skrip yang bagus.

"Jujur, saya tidak peduli soal populariti, tetapi saya amat mementingkan kualiti kerana saya percaya popular akan hilang, tetapi kualiti yang akan terus memanjangkan jangka hayat saya sebagai pelakon dalam industri seni," ujarnya.


GANDINGAN Shaheizy Sam dan Rosyam Nor begitu serasi sehingga ada yang berbisik mereka sepatutnya menjadi hos majlis tersebut.


Selain barisan pemenang yang melahirkan keterujaan mereka, beberapa kategori seperti Drama Rantaian Terbaik yang menjadi milik drama hangat Juvana misalnya memang sudah ditebak.

Hanya sahaja Anugerah Khas Yasmin Ahmad yang diberi kepada Syamsul Yusof bukan satu ekspektasi dari umum. Berterima kasih terhadap pengiktirafan tersebut, kata Syamsul apa yang diperoleh itu akan menjadi pemangkin buatnya untuk menghasilkan karya-karya yang lebih bermutu.

Secara keseluruhan, keputusan yang diperoleh adalah adil. Malah biar ASK 2011 yang diwujudkan pada tahun 1994 itu asalnya hanya mempunyai kuota untuk program terbitan Media Prima sahaja, kini ia yang telah dibuka kepada semua stesen televisyen di Malaysia.

ASK 2011 barangkali anugerah paling telus untuk tahun ini apabila ia tidak hanya didominasi oleh satu pihak sahaja sekali gus membangkit kembali kepercayaan khalayak terhadap sesebuah anugerah yang lewat kebelakangan ini sudah terlihat cukup lelah dengan 'politik' pemenang yang telah ditentukan akan menjadi milik siapa.

Full content generated by Get Full RSS.

Rahsia sukses Ruth Sahanaya

Posted:

Rahsia sukses Ruth Sahanaya

Rahsia sukses Ruth Sahanaya

Oleh HARYATI KARIM


RUTH SAHANAYA merahsiakan konsep persembahannya dalam Konsert 25 Tahun Ruth Sahanaya pada 17 Disember ini.


RUTH SAHANAYA satu nama yang cukup besar di bumi Indonesia dan juga merupakan salah satu diva tersohor dalam industri muzik negara seberang itu.

Sempat bergabung dengan Krisdayanti dan Titi DJ untuk konsert tiga diva dan juga album Semua Jadi Satu pada tahun 2006, tahun ini genap 25 tahun usia kerjaya penyanyi yang cukup popular dengan lagu Kaulah Segalanya dan Keliru itu.

Sempena dengan 25 tahun usia kerjaya nyanyiannya, Ruth Sahanaya bakal menghiburkan peminatnya dalam konsert berskala besar buat pertama kalinya di Malaysia pada 17 Disember depan, pada pukul 8.30 malam di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Konsert solo yang diberi nama Konsert 25 Tahun Ruth Sahanaya merupakan salah satu daripada konsert jelajahnya yang bermula di Jakarta pada 25 November tahun lalu dan Indonesia pada 10 Jun lalu.

Bertemu dengan penyanyi yang berusia 45 tahun itu pada majlis sidang akhbar pelancaran konsert tersebut di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur baru-baru ini, Ruth tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya untuk bertemu dengan peminat di Malaysia.

"Akhirnya impian saya untuk mengadakan konsert besar di Malaysia tercapai juga selepas 25 tahun menyanyi. Sebenarnya impian ini sudah lama saya simpan memandangkan peminat di Malaysia kerap bertanya kepada saya, bila mahu adakan konsert di Malaysia.

"Secara jujur Malaysia begitu dekat dengan hati saya kerana peminat di sini sentiasa mendukung kerjaya saya. Tidak lengkap rasanya perjalanan seni selama 25 tahun jika tidak mengadakan konsert di sini. Konsert ini tanda penghargaan saya buat peminat Malaysia," ujarnya yang memberitahu Malaysia sudah seperti rumah keduanya.

Teruja

Bukan sekali dua, Ruth terbang ke Malaysia untuk mengadakan persembahan tetapi kekerapannya sudah tidak terhitung dengan jari. Bagaimanapun, konsert solo skala besar pertamanya tetap mengujakan Ruth.

"Teruja, berdebar, semuanya ada. Memang sebelum ini saya sering terbang ke Malaysia untuk mengadakan persembahan tetapi berskala kecil seperti showcase dan persembahan makan malam. Jadi, konsert besar di Malaysia merupakan pertama kali buat saya pada Disember depan.

"Bagaimana corak persembahannya tidak boleh diberitahu, nanti tidak ada unsur kejutan. Apa pun untuk konsert ini saya akan bawa ahli muzik dan tenaga kerja dari Jakarta," ujar ibu kepada dua cahaya mata itu lagi.

Dijangka konsert itu bakal berlangsung selama dua jam setengah dan sebanyak 30 sehingga 40 buah lagu yang dipetik daripada 15 buah album Ruth akan didendangkan pada konsert tersebut.

"Saya tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk konsert ini. Harapan saya agar peminat di Malaysia terhibur dan itu sudah cukup untuk membuatkan saya gembira," jelasnya yang sempat memberi petua awet mudanya iaitu sentiasa senyum.

Bukan itu sahaja, Ruth turut mengundang Datuk Khatijah Ibrahim untuk menghangatkan lagi konsert yang dibawakan oleh A'caralis Kuala Lumpur Sdn. Bhd., itu.

Dalam pada masa yang sama penyanyi yang mesra dipanggil dengan nama timangan Uthe itu memberitahu menjaga disiplin serta mempunyai sentiasa ingin belajar merupakan rahsia bagaimana dia dapat bertahan selama 25 tahun dalam industri muzik.

"Disiplin dalam soal waktu, menjaga kesihatan dan sentiasa mahu belajar antara faktor yang saya percaya banyak membantu saya dalam mencapai kejayaan hari ini.

"Kita juga harus sentiasa berpijak di bumi yang nyata. Jangan mudah lupa atau sombong, jika ada yang memberi kritikan, kita harus menerimanya dengan baik. Selain itu, saya juga sentiasa berfikiran positif agar sentiasa sihat dan ceria. Memang bukan mudah untuk melakukannya, tetapi kita harus mencuba sedaya-upaya," ujar Ruth.

Tidak hipokrit

Ruth juga memberitahu, sepanjang kerjayanya sebagai penyanyi, dia tidak pernah bersikap hipokrit, malah lebih senang menjadi dirinya sendiri walau di mana dia berada.

"Saya menjadi diri sendiri. Tidak pernah hipokrit dan menjadi orang lain. Penampilan saya di atas pentas, sama sahaja dengan penampilan saya di rumah. Jadi, orang senang dengan saya," luahnya yang turut mengambil vitamin tambahan untuk mengekalkan kesihatan tubuhnya.

Buat peminat yang mahu menyaksikan Konsert 25 Tahun Ruth Sahanaya, tiket-tiket boleh didapati pada harga RM1500 (VVIP), RM788, RM588, RM388, RM128 di laman sesawang, www.ilassotickets.com dan di semua cawangan Rock Corner. Anda juga boleh menghubungi talian hotline 03-7957 6088.

Sebahagian daripada hasil jualan tiket akan didermakan kepada beberapa badan kebajikan seperti Yayasan Sultanah Bahiyah, Yayasan Anak Yatim Sultanah Haminah, Tabung Kolej Sultan Abdul Hamid dan Persatuan Bolasepak Kedah.

Full content generated by Get Full RSS.

Shahrukh, Salman berebut Tom

Posted:

Shahrukh, Salman berebut Tom

Shahrukh, Salman berebut Tom


SHAHRUKH KHAN (kiri) dan Salman Khan kini berebut untuk mengadakan parti bagi menyambut kedatangan aktor terkenal Hollywood, Tom Cruise ke India bulan hadapan.


SALMAN KHAN dan Shahrukh Khan diketahui umum sudah lama berselisih faham. Namun khabar terbaharu bertiup kencang bahawa Salman dan Shahrukh bakal kembali bersengketa berebut Tom Cruise!

Bintang tersohor Hollywood itu dijadualkan tiba di India menjelang 4 Disember ini untuk mempromosi filem terbaharunya, Mission: Impossible 4.

Sehubungan itu, Shahrukh dan Salman dikatakan berebut mahu menganjurkan parti bagi meraikan Tom. Shahrukh mahu menganjurkan parti di kediaman mewahnya di Mannat, Mumbai, manakala Salman mahu menganjurkan parti di sebuah hotel lima bintang, juga di Mumbai.

Kata sumber: "Salman sudah pun berbincang dengan pihak yang akan membawa Tom Cruise ke India dan melahirkan perasaan keterujaannya untuk menjadi hos parti meraikan Tom," ujar sumber.

Tambahnya: "Shahrukh pula sebaliknya sudah berbincang dengan aktor Anil Kapoor yang turut membintangi Mission: Imposible 4 tentang keinginan untuk menganjurkan parti meraikan Tom di kediamannya di Mannat."

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved