Rabu, 30 November 2011

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Usaha elak krisis mata wang euro

Posted:

Usaha elak krisis mata wang euro

Usaha elak krisis mata wang euro

TIGA wang kertas euro dipamerkan di Brussels, Belgium kelmarin.


BRUSSELS, Belgium - Para Menteri Kewangan zon mata wang euro (Zon Euro) berkumpul di sini semalam dalam usaha untuk menyelamatkan 17 negara yang menggunakan mata wang itu sekali gus melindungi Eropah, Amerika Syarikat (AS), Asia dan ekonomi global daripada tsunami kewangan akibat krisis hutang.

Kebanyakan pegawai bersetuju mereka tidak boleh berlengah jika mahu menyelamatkan mata wang euro tetapi krisis yang menimpa jauh lebih serius daripada yang dijangkakan.

Kini, bukan sahaja mata wang euro yang digunakan oleh 332 juta orang terancam namun seperti yang diberitahu oleh Canselor Jerman, Angela Merkel dan beberapa pemimpin lain, jika mata wang euro gagal, perikatan 27 negara Kesatuan Eropah (EU) juga akan kecundang walaupun EU berjaya menyatukan benua Eropah yang sebelum ini berpecah akibat dua perang dunia.

Jika mata wang euro gagal, pinjaman bank akan dibekukan, bursa saham akan runtuh manakala ekonomi Eropah akan lompong.

Menurut ramalan firma kewangan UBS, negara-negara Zon Euro akan mendapati ekonomi masing-masing merosot sehingga 50 peratus jika situasi mata wang tersebut berlaku.

Kegawatan kewangan dan ekonomi akan merebak dengan AS dan Asia dihimpit masalah pembekuan kredit manakala eksport kedua-dua rantau berkenaan ke Eropah turut runtuh.

Senario yang berlaku pasti lebih dahsyat daripada krisis hutang 2008 yang menyusul ekoran krisis gadai janji yang berlaku di AS.

"Jika Eropah mengecil ataupun jika Eropah berdepan masalah, ia menyebabkan lebih sukar untuk kami menyediakan peluang pekerjaan yang baik di AS," kata Presiden AS, Barack Obama semasa menemui beberapa pegawai EU di Washington kelmarin.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Kewangan Perancis, Francois Baroin menyatakan dalam wawancara bersama stesen radio France-Info semalam bahawa negara-negara EU perlu mengintegrasi bajet masing-masing dengan lebih rapi dan saling memantau dalam aspek perbelanjaan negara.

"Kita perlu mengubah pentadbiran Zon Euro," katanya.

Seramai 17 menteri kewangan Zon Euro akan berbincang untuk mengeluarkan bon Eropah yang dinamakan bon euro sebagai kaedah setiap negara akan menjamin negara lain yang mengalami krisis hutang dalam EU. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Pembunuh kejam didapati tidak siuman

Posted:

Pembunuh kejam didapati tidak siuman

Pembunuh kejam didapati tidak siuman


GAMBAR fail menunjukkan gambar Anders Behring Breivik daripada sebuah buku yang dimuat turun dari talian yang disiarkan di laman perbincangan di Norway, www.freak.no.


OSLO, Norway - Pihak pendakwa raya menyatakan penilaian psikiatri terhadap seorang pembunuh kejam, Anders Behring Breivik mendapati dia kurang siuman semasa membunuh 77 orang dalam kejadian tembakan dan serangan bom di Norway pada 22 Julai lalu.

Breivik mengaku melakukan pembunuhan beramai-ramai tersebut.

Laporan oleh dua ahli psikiatri forensik terbabit akan membantu memutuskan sama ada dia akan dihantar ke penjara atau diletakkan di bawah jagaan hospital mental.

Pendakwa raya Svein Holden berkata, laporan menunjukkan Breivik berada dalam keadaan psikosis semasa melakukan serangan tersebut.

Jika penilaian itu diterima oleh mahkamah, dia tidak boleh dipenjarakan ekoran perbuatannya.

Di Norway, pembelaan tak siuman memerlukan seorang defendan disahkan berada dalam keadaan psikosis semasa melakukan jenayah yang didakwa.

Terma tersebut bermakna defendan hilang segala pertimbangan sehingga dia tidak berupaya mengawal tindakannya.

Laporan setebal 243 muka surat itu akan disemak oleh panel Lembaga Perubatan Forensik Norway.

Panel tersebut boleh meminta agar maklumat tambahan disertakan dalam laporan tersebut atau menambah penilaian mereka mengenainya.

Pembunuhan beramai-ramai pada 22 Julai lalu merupakan serangan yang paling dahsyat di Norway sejak Perang Dunia Kedua sekali gus mengejutkan penduduk negara berkenaan.

Breivik pada mulanya meletupkan sebuah bom kereta di luar pejabat kerajaan di sini yang membunuh lapan orang.

Dia kemudian pergi ke Pulau Utoeya, sekitar 40 kilometer ke barat laut kota metropolitan ini dengan menyamar sebagai anggota polis dan membunuh 69 lagi mangsa dengan kebanyakan mereka ialah remaja.

- Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Bintang K-Pop berhimpun di Singapura

Posted:

Bintang K-Pop berhimpun di Singapura

Bintang K-Pop berhimpun di Singapura


KUMPULAN pop Korea, 2NE1 bergambar di Singapura semalam.


SINGAPURA – Beberapa kumpulan nyanyian pop dari Korea Selatan menghadiri Anugerah Muzik MNET Asia yang diadakan semalam.

Antara kumpulan yang menghadiri anugerah terbesar Asia itu ialah Girls Generation, 2NE1, Super Junior dan Kim Hyun Joong.

Turut hadir pada majlis yang sama ialah penyanyi balad dan pop Korea Selatan, Baek Ji-Young dan Seo In Young.

Pada majlis itu, beberapa penyanyi terkenal dari Barat turut diundang iaitu anggota BlackEyePeas, will.i.am dan apl.de.ap.

Penyanyi rap terkenal dari Amerika Syarikat (AS), Snoop Dog turut diundang menghadiri majlis tersebut.

Ia merupakan anugerah muzik untuk penggiat industri hiburan Korea Selatan yang diadakan setiap tahun sejak 1999. – Agensi

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved