Isnin, 31 Oktober 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Irfan ucap selamat tinggal Terengganu

Posted:

Irfan ucap selamat tinggal Terengganu

Irfan ucap selamat tinggal Terengganu

31/10/2011 7:33pm

KUALA TERENGGANU – Jurulatih Terengganu Irfan Bakti Abu Salim hari ini mengumumkan akan meninggalkan pasukan naib juara Piala Malaysia itu apabila kontraknya berakhir 31 November ini.

Jurulatih kelahiran Kelantan berusia 60 tahun itu memberitahu sidang media di sini bahawa beliau tidak akan menyambung kontraknya bersama Terengganu.

Menurutnya, pengunduran itu adalah keputusan terbaik untuk kedua-dua belah pihak.

"Saya telah berbincang dengan pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) untuk tidak menyambung kontrak bersama Terengganu.

"Tiada paksaan dan keputusan ini dibuat dengan persetujuan kedua-dua belah pihak," katanya selepas menghadiri mesyuarat dengan PBSNT di sini.

Menurutnya, Terengganu merupakan antara pasukan paling bagus pernah dibimbingnya dan dia tidak akan melupakan negeri penyu itu. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Pengawal keselamatan maut ditembak

Posted:

Pengawal keselamatan maut ditembak

Pengawal keselamatan maut ditembak

31/10/2011 7:30pm

KUALA LUMPUR – Seorang pengawal keselamatan maut ditembak selepas diserang tiga lelaki dalam kejadian samun melibatkan RM170,000 berhampiran Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, laporan awal menunjukkan Mohd Burhanuddin Jamaluddin, 23, mati akibat ditembak pada bahagian tulang rusuk kiri oleh seorang suspek bermotosikal dalam kejadian pada pukul 10.30 pagi.

Beliau berkata, mangsa yang berada di bahagian hadapan tempat duduk penumpang sebuah kenderaan pacuan empat roda bersama dua lagi rakan sekerjanya, baru selesai mengambil wang di kawasan itu.

"Kejadian berlaku ketika kenderaan itu berhenti di persimpangan lampu isyarat sebelum ketiga-tiga suspek menghampiri dan berhenti di bahagian kiri dan kanan kenderaan itu.

"Seorang daripada mereka melepaskan dua das tembakan ke arah kiri kenderaan jenis Toyota Hilux kepunyaan sebuah syarikat keselamatan," kata Wan Abdul Bari kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa meninggal dunia di PPUM pada pukul 10.57 pagi dan mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. Dua lagi rakan mangsa tidak cedera. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Lima cedera, balkoni diubah suai runtuh

Posted:

Lima cedera, balkoni diubah suai runtuh

Lima cedera, balkoni diubah suai runtuh

31/10/2011 7:28pm

PETALING JAYA – Lima pekerja binaan rakyat tempatan cedera apabila balkoni rumah tiga tingkat yang sedang dalam pengubahsuaian di Jalan Love Lane, Kampung Baru Sungai Buloh, runtuh di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harun berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, kesemua mangsa yang berusia antara 36 dan 44 tahun itu cedera selepas ada yang terjatuh selain terkena serpihan batu yang runtuh dari balkoni di tingkat dua.

"Mangsa dikenali sebagai Ah Peng, 42; Ah Hin, 36; Kuan Leong, 39; Ah Choy, 44; dan Wee Hing, 40, dan kesemua mereka dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, bomba menerima panggilan dari orang awam kira-kira pukul 9.30 pagi sebelum satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh tiba kira-kira 10 minit kemudian.

"Seramai 11 pegawai termasuk anggota bersama Unit Pengesan Anjing (K9) turut dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa," katanya. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved