Khamis, 13 Oktober 2011

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Bengkel untuk tampil cantik

Posted:

Bengkel untuk tampil cantik

Bengkel untuk tampil cantik


DARI kiri Shawn Tutler, Nancy Yeoh dan Chelsia Ng memberikan gaya istimewa selepas mengendalikan bengkel kecantikan untuk wanita.


BAYANGKAN diri anda sebagai seorang wanita yang bergaya, berkarisma dan dikagumi dalam sebuah majlis sosial.

Anda melangkah masuk ke dalam bilik dan menawan hati hadirin lain dengan gaya anda penuh keyakinan serta penampilan diri yang menarik.

Bayangkan juga anda mengetahui rahsia temu duga untuk mendapatkan jawatan atau kenaikan pangkat yang telah lama anda idam-idamkan.

Anda kelihatan cantik, yakin dan berjaya mengambil hati penemuduga.

Dalam situasi semasa yang semakin kompetitif, adalah kritikal bagi seseorang itu untuk kelihatan profesional. Anda memerlukan kelebihan ini.

Hakikatnya, hanya segelintir individu yang dilahirkan bergaya dan anggun, walaupun dalam kalangan mereka yang menjadi terkenal.

"Jika anda fikir semua selebriti adalah sempurna, anda salah. Selebriti terkenal seperti Charlize Theron, Angelina Jolie dan Halle Berry mempunyai penasihat profesional yang mengajar mereka tentang cara-cara mekap, postur tubuh dan etika sosial.

"Secara peribadi, saya percaya bahawa tidak ada istilah tidak cantik, cuma ada segelintir orang yang tidak tahu cara untuk menyerlahkan kecantikan diri mereka," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Stylo International, Datuk Nancy Yeoh.

Tambahnya, kebanyakan daripada kita tidak mempunyai masa untuk diri sendiri kerana sibuk dengan karier dan keluarga sehingga kecantikan diri sendiri terabai.

Memahami masalah tersebut, Head & Shoulders menyerlahkan kecantikan dalaman dan keyakinan diri wanita dengan menganjurkan sebuah bengkel media bersama Nancy dan pelakon, Chelsia Ng di Stylo Academy, Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Objektif utama penganjuran bengkel tersebut adalah untuk memberi tip dan nasihat yang berguna kepada rakyat Malaysia agar menggunakan sepenuhnya personaliti unik yang dimiliki mereka untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

"Head & Shoulders bukan hanya membantu pengguna melawan kelemumur, kerosakan kulit kepala dan rambut gugur malah, turut membantu pengguna untuk menyerlahkan keyakinan diri dan karisma mereka setiap hari," kata Pengurus Perhubungan Luar Procter & Gamble (P&G) Malaysia, Goh Seng Jone.

Selain tip penjagaan rambut, peserta diberi kursus selama dua jam tentang solekan dan pembangunan sahsiah diri.

Penampilan istimewa

Topik-topik yang dibentangkan berkisar mengenai cara-cara mengenal bentuk tubuh sehingga etika menghadiri majlis perkahwinan dan majlis sosial kebudayaan yang disampaikan oleh Nancy.

Penampilan istimewa personaliti televisyen yang ceria, Chelsia mengujakan hadirin tatkala dirinya berkongsi rahsia sentiasa kelihatan cantik, bertenaga dan yakin setiap hari.

Chelsia bersama pendandan rambut terkenal, Shawn Tutler berkongsi pendapat yang sama mengenai penjagaan kecantikan dan kebersihan rambut perlu dititikberatkan tidak tidak kira lelaki atau wanita.

Head & Shoulders Anti-hair Fall Collection telah terbukti dapat menghilangkan kelemumur sehingga 100 peratus dan mengurangkan rambut gugur sebanyak 95 peratus.

Syampu antikelemumur yang spesifik untuk golongan lelaki dan wanita itu dirumus dengan teknologi HydraZinc yang terbukti sangat efektif untuk melawan kelemumur daripada basuhan pertama dan penggunaan yang berterusan.

Full content generated by Get Full RSS.

Cungkil bakat saintis muda

Posted:

Cungkil bakat saintis muda

Cungkil bakat saintis muda

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM


PELAJAR SRK Sri Petaling melakukan beberapa uji kaji kimia sambil dibantu fasilitator BASF.


TANPA disedari bahan kimia banyak digunakan dalam kehidupan seharian kita daripada makanan, bangunan yang kita huni sehinggalah produk kosmetik.

Bahkan, lampin bayi yang mampu menampung bahan buangan si comel dan perekat luka turut menggunakan teknologi kimia dalam melancarkan penggunaan produk berkenaan.

Dalam memberi pendedahan mengenai kepentingan bahan kimia terhadap kehidupan seharian, peneraju syarikat kimia dunia, BASF bakal menganjurkan BASF Kids' Lab bermula dari 9 hingga 13 November ini di pusat beli-belah 1 Utama, Damansara, Petaling Jaya.

Program BASF Kids' Lab mula dianjurkan sejak tahun 2006 lagi disasarkan kepada kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman mengenai penggunaan asas kimia dalam kehidupan seharian.

Pengarah Urusan BASF Malaysia, Daniel Loh berkata, program berkenaan diadakan untuk menarik minat dan mencungkil bakat kanak-kanak terhadap kimia apabila mereka dapat merasai sendiri pengalaman menjalankan uji kaji makmal.

"Melalui program Kids' Lab ini, para peserta dapat melakukan eksperimen ringkas berkaitan kehidupan seharian melalui empat stesen yang disediakan mengikut tema tertentu sambil dibantu oleh fasiliator terlatih BASF.

"Pada peringkat umur ini, peserta mampu menyerap pelbagai maklumat dan sentiasa mempunyai perasaan ingin tahu. Ia sekali gus dapat mendidik dan memberi pendedahan kepada mereka mengenai kimia," katanya selepas melancarkan Bengkel Keajaiban Kimia BASF Kids' Lab di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tahun Kimia Antarabangsa

Dalam majlis berkenaan seramai 20 pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Sri Petaling, Petaling Jaya, Selangor turut merasai pengalaman menjalankan uji kaji kimia bersama fasiliator terlatih BASF.

Selaras sambutan Tahun Kimia Antarabangsa, Daniel menambah, penganjuran Kids' Lab pada tahun ini lebih istimewa berbanding tahun sebelumnya apabila ia bakal diadakan di lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai.

Katanya, sebanyak tiga sesi akan diadakan setiap hari sepanjang program berkenaan berlangsung kelak dan penyertaan adalah berdasarkan konsep siapa cepat akan dapat menyertai eksperimen berkenaan.

"Sejak sembilan tahun lalu, lebih 200,000 kanak-kanak sudah menyertai program tersebut di peringkat Asia Pasifik. Kita menerima maklum balas positif daripada peserta dan ibu bapa," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Pusat Perkhidmatan BASF Asia Pasifik Sdn. Bhd., Lau Kin Pong, memberitahu program berkenaan diadakan setiap tahun dan merupakan sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) BASF.

"Kids' Lab bakal menjadi landasan menguji kreativiti kanak-kanak ini walaupun pada peringkat ini mereka belum berpeluang membuat eksperimen kimia. Saya percaya dengan pendedahan awal melalui teknik pendidikan interaktif yang diterapkan dalam program ini ia dapat menyumbang dalam mencungkil bakat industri kimia," katanya.

Sementara itu, salah seorang pelajar, Izzah Sakina Yaacob, 12, berkata, dia sangat seronok apabila dapat melakukan tiga eksperimen yang melibatkan penggunaan bahan kimia.

"Saya pernah melihat salah satu daripada eksperimen yang dilakukan ini di kaca televisyen. Ia amat membantu saya dalam memahami eksperimen berkenaan apabila dapat melakukannya sendiri langkah demi langkah," ujarnya.

Bagi Phang Kin Weng, 12, pula, dengan melakukan eksperimen itu dia memahami kegunaan bahan kimia dalam kehidupan harian.

"Melalui eksperimen ini, saya dapat mengetahui kepentingan bahan kimia dalam kehidupan seharian kita. Sebagai contoh, lampin bayi turut menggunakan penyerap super untuk menyerap air yang banyak," katanya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program berkenaan boleh melayari laman sosial Facebook, www.facebook.com/BASFMalaysia.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved