Sabtu, 8 Oktober 2011

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


ROONEY CEMARKAN ENGLAND

Posted:

ROONEY CEMARKAN ENGLAND

ROONEY CEMARKAN ENGLAND

ROONEY (jersi no. 10) dilayangkan kad merah oleh pengadil pada perlawanan menentang Montenegro, kelmarin.


PODGORICA, Montenegro - England melangkah bergaya ke pusingan akhir Euro 2012, tetapi kejayaan mereka itu tercemar gara-gara tindakan bodoh penyerang utamanya, Wayne Rooney.

Rooney dilayangkan kad merah pada aksi menentang Montenegro itu yang berkesudahan seri 2-2.

Tanpa Rooney, pengurus England, Fabio Capello kini memikirkan bagaimana dia akan memulakan saingan pusingan akhir kelak tanpa kelibat penyerang utamanya itu.

Pada perlawanan tersebut Rooney terus dilayangkan merah selepas berkelakuan tidak senonoh ke atas pemain lawan Miodrag Dzudovic sambil cuba untuk menyerang pemain terbabit.

Insiden yang menimpa Rooney pada perlawanan tersebut menambahkan lagi kekusutan bintang England itu selepas bapanya ditahan polis Khamis lalu atas dakwaan terlibat dalam perjudian haram.

Bagi Capello, padah yang diterima oleh Rooney sudah pasti menjejaskan persiapannya bagi menghadapi perlawanan pembukaan Euro 2012 yang dihoskan bersama oleh Poland dan Ukraine.

Kad merah yang dilayangkan kepada Rooney pada perlawanan tersebut turut mempersoalkan tentang reputasi panas baran bintang Manchester United yang sebelum ini kurang digemari penyokong England.

Pada Piala Dunia 2006, dia juga menerima nasib serupa apabila diperintah keluar padang selepas bertindak kasar ke atas pemain Portugal, Ricardo Carvalho.

"Ia tindakan yang bodoh," kata Capello selepas perlawanan tersebut.

"Kami akan mencari jalan penyelesaian untuk memulakan kempen tanpa Rooney." - Agensi

Jaringan awal sasaran Felda United

Posted:

Jaringan awal sasaran Felda United

Jaringan awal sasaran Felda United

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
sukan@kosmo.com.my


PEMAIN Felda United kini bersedia untuk berdepan cabaran lebih sengit dalam saingan Piala Malaysia.


BUKAN satu tugas yang mudah untuk menjinakkan juara Kumpulan B saingan Piala Malaysia 2011, Negeri Sembilan yang akan bertandang ke Stadium MBPJ malam esok.

Selaku tuan rumah, Felda United pasti sedar dengan ancaman Negeri Sembilan yang tampil sebagai antara pasukan pilihan untuk menjuarai piala berprestij tanah air itu musim ini.

E. Elavarasan selaku jurulatih mengakui barisan pemainnya perlu berkerja keras jika mahu mencatatkan kemenangan terhadap skuad bimbingan Mohd. Azraai Khor Abdullah itu.

Namun, Elavarasan percaya kemenangan akan dapat dicapai sekiranya mereka bijak menyempurnakan peluang yang terhidang.

Jesteru, beliau mahu barisan pemainnya sentiasa bersedia dan perlu bekerja keras menghadapi apa juga bentuk ancaman yang bakal dilancarkan oleh skuad Hoben Jang Hoben itu.

"Tampil selaku tuan rumah, kami harus mencari gol awal dan mengelak daripada ditembusi oleh jentera serangan Negeri Sembilan.

"Kami juga perlu memanfaatkan segala peluang jika mahu mencipta kejutan pada perlawanan itu kelak.

"Akan tetapi, kami juga perlu berkerja dengan lebih keras untuk mengawasi serangan daripada skuad bimbingan Azraai itu supaya dan tidak membiarkan mereka bergerak bebas untuk mengancam kubu kami," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Jelasnya, beliau tidak mahu barisan pemainnya leka dan mendabik dada selepas kejayaan menumpaskan juara Liga Super musim lalu, Kelantan 2-0 di Stadium Selayang dalam aksi peringkat Kumpulan C pada 14 September lalu.

"Saya juga menekankan agar pemain tidak terlalu berasa bangga dengan kejayaan menumpaskan Kelantan. Ini kerana, bagi saya setiap perlawanan adalah berbeza.

"Kami harus menumpukan kepada perlawanan menentang Negeri Sembilan tanpa memandang mudah kemampuan lawan.

"Kami memang bertekad untuk melakarkan kemenangan di Stadium MBPJ dan berharap dapat mencari bekalan selesa sebelum bertandang ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 14 Oktober ini," ujarnya.

Ibarat aksi final Piala Malaysia

Posted:

Ibarat aksi final Piala Malaysia

Ibarat aksi final Piala Malaysia

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
sukan@kosmo.com.my


IRFAN (kiri) tidak mahu pemainnya tampil sambil lewa apabila berdepan Kelantan malam esok.


"IA boleh diibaratkan seperti final pertama Piala Malaysia 2011." Demikian rumusan jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim menjelang pertemuan dengan Kelantan pada suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam esok.

Katanya, pertemuan antara dua negeri jiran itu sentiasa dinantikan penyokong kedua-dua pasukan kerana perlawanan antara juara Liga Super dan Piala FA 2011 itu pasti menyajikan persembahan yang menarik.

"Dua pasukan pilihan (Terengganu dan Kelantan) sudah ditakdirkan bertemu pada suku akhir walaupun rata-rata peminat bola sepak tempatan mahu menyaksikan pertembungan kami pada final nanti.

"Ini kerana kedua-dua pasukan ini merupakan antara pasukan elit dalam liga tempatan ketika ini dan saya pasti perlawanan menentang Kelantan bukan satu tugasan yang mudah," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Irfan juga tidak mahu barisan pemainnya leka dan mendabik dada ekoran kejayaan menumpaskan Kelantan pada final Piala FA musim lalu dan mereka perlu memberikan perhatian penuh apabila melayani pasukan The Red Warriors itu nanti.

Matlamat utama Terengganu adalah untuk memburu bekalan selesa sebelum bertandang ke Stadium Stadium Sultan Mohamed IV pada 14 Oktober ini.

"Bagi saya, kejayaan menjuarai Piala FA sudah berlalu dan apa yang penting, kami perlu fokus untuk menghadapi cabaran daam Piala Malaysia. Kami perlu bekerja lebih keras untuk meraih kemenangan.

"Sejarah mungkin mengajar kami untuk terus mempamerkan aksi cemerlang tapi kegigihan adalah kunci utama untuk kami memburu kejayaan (apabila bertemu Kelantan nanti).

Irfan memberitahu, beliau berharap sokongan padu penyokong yang bakal memenuhi stadium pada malam esok menjadi pembakar semangat kepada pemain untuk beraksi dengan lebih cemerlang.

"Saya mengucapkan penghargaan kepada penyokong-penyokong Terengganu yang sentiasa memberikan semangat kepada kami untuk tampil dengan aksi cemerlang," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved