Khamis, 20 Oktober 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Mangsa simbah asid bedah mata

Posted:

Mangsa simbah asid bedah mata

Mangsa simbah asid bedah mata

Oleh NOR IDAYU BOSRO
idayu.bosro@kosmo.com.my

Shafiq Aiman selepas selamat menjalani pembedahan mata di HKL, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Dua beradik yang mengalami kecederaan parah selepas menjadi mangsa simbahan asid oleh seorang lelaki di Felda Ketumbar Jengka 9, Maran pada 19 Julai lalu selamat menjalani pembedahan mata di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini semalam.

Kedua-dua beradik itu, Shafiq Haikal Mat Safar Zaidi, 13, dan Shafiq Aiman, 10, menjalani pembedahan tersebut yang bermula pada pukul 9 pagi dan memakan masa selama tujuh jam.

Ibu kepada dua beradik itu, Norhashimah Julaili Mansur, 44, memberitahu, tujuan pembedahan tersebut bagi membolehkan mata kedua-dua anaknya dapat dipejam secara normal.

"Sebelum dibedah, mereka tidak boleh memejam mata kerana kelopak mata mereka mengalami kerosakan.

"Jadi, melalui pembedahan tersebut, doktor ambil kulit pada bahagian belakang cuping telinga untuk dijadikan kelopak mata baharu bagi memudahkan mata mereka ditutup dan dibuka," jelasnya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dalam kejadian pada 19 Julai lalu, dua beradik itu mengalami kecederaan parah apabila disimbah cuka getah oleh seorang pekerja ladang yang juga jiran mangsa ketika dalam perjalanan ke rumah kawan mereka di Felda Ketumbar Jengka 9, Maran, Pahang.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Aziz Bari digantung tugas

Posted:

Aziz Bari digantung tugas

Aziz Bari digantung tugas

Oleh HISHAM IDRIS dan LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR
berita@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Pakar perlembagaan, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari (gambar kecil) digantung tugas sebagai pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkuat kuasa kelmarin.

Beliau digantung tugas berikutan sepucuk surat yang diterimanya daripada Sekretariat Lembaga Disiplin, Tatatertib dan Kakitangan, Unit Perundangan UIAM tengah hari kelmarin.

Ketika dihubungi Kosmo! semalam, Abdul Aziz berkata, beliau menerima surat tersebut secara serahan tangan.

"Ya, memang saya ada terima surat itu kelmarin tetapi tak perlulah untuk saya luahkan sama ada mahu katakan suka atau marah," katanya.

Beberapa portal berita melaporkan berikutan surat tersebut, Abdul Aziz masih mendapat gaji sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Bagaimanapun beliau dilapor tidak dibenarkan memasuki pejabatnya di kampus UIAM di Gombak.

Beliau juga diberi masa sehingga 25 Oktober ini untuk menjawabnya.

Ditanya mengenai reaksi para pelajarnya terhadap situasi terkini dirinya, beliau amat terharu dan tersentuh hati dengan pelbagai respons yang diterimanya.

Sementara itu, Pengarah Perhubungan Awam UIAM, Abdul Rahim Ahmad berkata, surat tunjuk sebab tersebut bertujuan untuk memberi peluang kepadanya menjelaskan mengenai isu-isu yang dikaitkan dengannya.

Beliau berkata, sekretariat itu sedang mengumpul maklumat lengkap mengenai isu yang dikaitkan dengan Abdul Aziz.

"Sekretariat itu akan menilai secara terperinci sama ada kenyataan beliau yang merupakan seorang ahli akademik dan pensyarah bercanggah dengan mana-mana peraturan universiti," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Amah Indonesia kembali ke Malaysia 1 Disember

Posted:

Amah Indonesia kembali ke Malaysia 1 Disember

Amah Indonesia kembali ke Malaysia 1 Disember


NAJIB bersalaman dengan Susilo selepas sidang akhbar bersama pada majlis Perundingan Tahunan Malaysia-Indonesia kali ke-8 di Mataram, Indonesia semalam.


MATARAM (Lombok) – Pembantu rumah Indonesia dibenarkan dihantar semula ke Malaysia mulai 1 Disember ini, sekali gus menamatkan moratorium lebih dua tahun untuk penghantaran tenaga kerja sektor informal ke Malaysia.

Keputusan mengenai perkara itu diumumkan pada sidang akhbar bersama oleh Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada akhir mesyuarat delegasi dua hala acara Perundingan Tahunan Malaysia-Indonesia di sini semalam.

"Kita ketahui banyak saudara Indonesia yang bekerja di Malaysia. Oleh itu, kita sepakat memberi perlindungan dan bantuan sebaiknya kepada tenaga kerja Indonesia.

"Kita juga telah bersepakat bahawa dengan diadakan perubahan tentang pengambilan dan penempatan tenaga kerja Indonesia yang ditandatangani pada 2006, mendatangkan perubahan positif kepada Indonesia. Insya-Allah pada 1 Disember kita akan menormalisasikan hal ini," kata Susilo ketika mengumumkan hasil pertemuan itu.

Indonesia melaksanakan pembekuan sementara penghantaran pembantu rumah ke Malaysia pada 26 Jun 2009 berikutan beberapa kejadian penderaan terhadap pembantu rumah Indonesia oleh majikan Malaysia.

Berikutan itu, kedua-dua negara telah berunding sehingga satu kata sepakat dicapai dengan menandatangani protokol meminda beberapa peruntukan dalam memorandum persefahaman 2006 itu, yang diadakan di Bandung pada 30 Mei lalu.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved