Selasa, 4 Oktober 2011

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Peralatan filem akan dipamer

Posted:

Peralatan filem <i>Harry Potter</i> akan dipamer

Peralatan filem Harry Potter akan dipamer

LABAH-LABAH gergasi akan menjadi daya tarikan di Studio Leavesden di pinggir London.


LONDON - Syarikat perfileman Warner Brothers akan membuka pameran Harry Potter di Studio Leavesden di pinggir London sekali gus memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat magis yang ditonjolkan dalam filem-filem ahli sihir remaja berkenaan.

Bagi tujuan itu, studio perfileman Hollywood yang menerbitkan francais paling menguntungkan di dunia itu telah memindahkan Dewan Besar asal sekolah sihir, Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry yang digunakan dalam filem Harry Potter ke studio Leavesden yang diubah suai.

Apabila ia dibuka pada musim bunga tahun depan, orang ramai boleh menyaksikan pelbagai karakter, kostum, peralatan dan set latar asli yang pernah digunakan dalam filem berkenaan.


SALAH satu kostum ikan duyung yang digunakan dalam filem Harry Potter akan dipamerkan di Studio Leavesden di pinggir London.


Antara bakal tarikan di studio tersebut termasuk labah-labah gergasi Aragog yang tergantung di atas siling manakala peminat juga boleh bergambar dalam kereta terbang Ford Anglia yang digunakan dalam filem Harry Potter and the Chamber of Secrets.

Tiket Studio Tour London The Making of Harry Potter itu akan mula dijual pada 13 Oktober ini.

Tiket kanak-kanak berharga £21 (RM104.73), £28 (RM139.65) untuk orang dewasa manakala tiket keluarga dengan empat anggota pula berharga £83 (RM414).

Apabila ia dibuka kelak, taman tema tersebut boleh memuatkan sekitar 5,000 pelawat pada setiap hari. - Reuters

Wanita pertama dunia guna rahim penderma organ

Posted:

Wanita pertama dunia guna rahim penderma organ

Wanita pertama dunia guna rahim penderma organ


MUSTAFA SERT berdiri di sebelah isterinya, Derya Sert di Hospital Universiti Akdeniz, Antalya, Turki pada 8 Ogos lalu. - AFP


ANTALYA, Turki - Seorang isteri di sini, Derya Sert merupakan wanita pertama di dunia yang menerima rahim daripada seorang penderma yang telah meninggal dunia sekali gus mencerahkan harapan berjuta-juta wanita yang sukar hamil untuk mengandungkan anak sendiri.

Sepasukan doktor Hospital Universiti Akdeniz di wilayah Antalya, utara Turki, berjaya melakukan pembedahan pemindahan rahim ke atas Derya pada 9 Ogos lalu.

Wanita itu tidak dapat hamil kerana dilahirkan tanpa uterus seperti yang berlaku pada setiap 5,000 wanita di seluruh dunia.

"Gembira dan teruja, perasaan saya bercampur baur,' kata Derya yang berusia 21 tahun.

Suri rumah berkenaan yang berkahwin dengan seorang mekanik kereta sudah terlantar di hospital selama enam bulan.

"Rahim ini telah menjadi organ saya sendiri, kami sudah lama menantikan saat ini,' kata suri rumah tersebut.

Pembedahan ke atas Derya merupakan pembedahan pemindahan rahim kedua di dunia dengan prosedur itu pertama kali dilakukan di Arab Saudi pada 2000.

Pembedahan pertama melibatkan rahim daripada seorang penderma yang masih hidup itu menemui kegagalan kerana pembentukan darah beku yang banyak sekali gus memaksa doktor-doktor membuang organ berkenaan.

Pasukan doktor di Turki bagaimanapun yakin masalah itu dapat diatasi dengan menggunakan rahim orang mati kerana lebih banyak tisu dan salur darah di sekitar rahim penderma untuk boleh dimasukkan ke dalam tubuh si penerima.

"Pembedahan ini berjaya tetapi kejayaan sebenar adalah apabila Derya melahirkan bayinya," kata seorang pakar bedah di Hospital Universiti Akdeniz, Omer Ozkan.

Menurutnya, tempoh enam bulan diperlukan sebelum Derya dihantar kepada pakar-pakar sakit puan yang akan memasukkan janin daripada benih suaminya yang dihasilkan sebelum pembedahan tersebut berlangsung.

"Pada pendapat saya paling awal dia boleh mengandung adalah selepas enam bulan menjalani pembedahan ini. Jika tidak, dia mungkin memerlukan masa sehingga tujuh atau lapan bulan," kata Omer. - AFP

Kapal kargo terbelah dua

Posted:

Kapal kargo terbelah dua

Kapal kargo terbelah dua


SEBUAH kapal kargo yang didaftarkan di Panama terbelah dua di luar pelabuhan Keelung, Taiwan semalam. - Reuters


TAIPEI, Taiwan - Kementerian Pertahanan Taiwan berkata, empat orang anak kapal maut dan enam lagi dilaporkan hilang selepas sebuah kapal kargo yang didaftarkan di Panama terkandas di perairan utara Taiwan.

Menurut kementerian itu, kapal yang membawa 21 anak kapal tersebut terbelah dua selepas berlanggar dengan batu-batu di luar pelabuhan Keelung pada awal pagi semalam.

Bagaimanapun, kewarganegaraan mereka tidak dapat diketahui.

Seramai 11 anak kapal telah diselamatkan termasuk empat orang berenang untuk menyelamatkan diri.

Taiwan dilanda taufanNalgae sepanjang minggulalu. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved