Isnin, 19 September 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Rasuah: Pengurus didenda dan dipenjara

Posted:

Rasuah: Pengurus didenda dan dipenjara

Rasuah: Pengurus didenda dan dipenjara

19/09/2011 8:07pm

MELAKA – Seorang pengurus ladang ternakan dihukum penjara sehari dan denda RM75,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memberi rasuah kepada seorang penyelia Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Peringgit, dekat sini, Mac lalu.

Lee Yoon Yeau, 30, mengaku salah memberi suapan RM15,000 kepada penyelia kanan TNB, Mohd Sanusi Zakaria, sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan mencuri bekalan elektrik.

Yoon Yeau didakwa melakukan kesalahan itu bersama bapa saudaranya, Lee Ser Chong, 50, seorang ahli perniagaan, di sebuah restoran makanan segera di Jalan Tun Abdul Razak, Peringgit, kira-kira jam 4.30 petang, 18 Mac lalu.

Sehari sebelum itu, syarikat itu didapati mencuri bekalan elektrik dengan mengganggu sistem pendawaian meter semasa pemeriksaan TNB di premis syarikat Poultry Farm Sdn Bhd, Masjid Tanah, dekat sini.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Yoon Yeau mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar, manakala Ser Chong dibebaskan selepas pihak pendakwaan menarik balik tuduhan selepas tertuduh pertama membuat pengakuan. – Bernama

Dadah: Tiga warga Iran ditangkap

Posted:

Dadah: Tiga warga Iran ditangkap

Dadah: Tiga warga Iran ditangkap

19/09/2011 7:53pm

KUALA LUMPUR – Satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang bergiat aktif sejak beberapa bulan lepas di sekitar Lembah Klang tumpas apabila polis menahan tiga warga Iran dan merampas dadah jenis syabu bernilai lebih RM500,000.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, mereka ditangkap dalam serbuan di dua tempat berasingan pada 15 dan 16 September lalu.

Beliau berkata, turut dirampas dalam serbuan tersebut ialah wang tunai berjumlah lebih RM16,000, sebuah telefon bimbit dan sebuah komputer riba.

"Pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Dang Wangi dan Kuala Lumpur telah membuat serbuan di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur pada pukul 9.20 malam 15 September lalu dan berjaya menangkap seorang lelaki warga Iran berumur 29 tahun.

"Dalam serbuan tersebut ditemui tiga bungkusan plastik berisi dadah jenis syabu seberat tiga kilogram yang bernilai lebih RM500,000, katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan terhadap lelaki warga Iran tersebut polis kemudian telah menahan sepasang suami isteri warga Iran yang berumur 47 dan 24 tahun di sebuah kondominium di Jalan Tun Razak. – Bernama

Kanabis: Suri rumah dipenjara 7 tahun

Posted:

Kanabis: Suri rumah dipenjara 7 tahun

Kanabis: Suri rumah dipenjara 7 tahun

19/09/2011 7:12pm

SUNGAI PETANI – Seorang suri rumah dihukum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah memiliki kanabis seberat 57.30 gram pada Mac lepas.

Munirah Kamaruddin, 20, mengaku memiliki dadah tersebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Norsalha Hamzah selepas membaca sendiri kertas pertuduhan yang diserahkan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah.

"Adakah awak mengaku bersalah semata-mata untuk menyelamatkan suami awak... awak faham akibat pengakuan ini?" soal hakim dan wanita itu menjawab dia faham.

Munirah dituduh memiliki kanabis seberat 57.30 gram itu di rumahnya di Air Mendidih, Sungai Petani pada 10.20 pagi, 20 Mac lepas mengikut Seksyen 6, Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 1983) dan dihukum mengikut Seksyen 39A (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebatan sekiranya pesalah adalah lelaki.

Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Syazwani Syed Hussin memaklumkan mahkamah kes suami Munirah, Zol Iskandar, 30, yang turut menghadapi pertuduhan yang sama akan disebut semula minggu depan dan mungkin digugurkan selepas isterinya itu mengaku bersalah memiliki dadah tersebut. – Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved