Rabu, 7 September 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Rompak: Kontraktor mati, isteri parah

Posted:

Rompak: Kontraktor mati, isteri parah

Rompak: Kontraktor mati, isteri parah

07/09/2011 8:27pm

JOHOR BAHRU 7 Sept – Seorang kontraktor syarikat perkapalan maut, manakala isterinya cedera parah selepas ditetak dalam satu rompakan di kediaman mereka di Jalan Tasek 24, Bandar Seri Alam di sini semalam.

Mangsa, S. Vijayaratnam, 47, yang ditetak di belakang kepala disahkan meninggal dunia pukul 12.04 tengah malam selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Regency di sini, manakala isterinya, G. Vijayalakshmi, 45, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama.

Mereka dipercayai dirompak oleh empat lelaki bersenjatakan parang.

Salah seorang suspek berusia 39 tahun turut maut apabila kereta Proton Perdana milik mangsa yang dilarikan bersama rakannya terbabas lalu merempuh sebatang pokok kira-kira satu kilometer dari rumah mangsa.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, sebaik sampai di lokasi kemalangan pihaknya menemui dua daripada suspek dalam keadaan parah.

"Suspek yang memandu kereta curi tersebut meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya berusia 31 tahun cedera parah.

"Polis turut menemui semula barang kemas dan telefon bimbit milik mangsa dalam kereta tersebut," katanya. – Bernama

Subang pesaka nenek lumpuh dilarikan

Posted:

Subang pesaka nenek lumpuh dilarikan

Subang pesaka nenek lumpuh dilarikan

07/09/2011 7:11pm

KUALA TERENGGANU - Seorang nenek berusia 81 tahun yang lumpuh kehilangan sepasang subang pesaka akibat dirompak oleh lelaki tidak dikenali di rumahnya di Kampung Titian Hangus di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.00 petang, mangsa Manong Salleh yang lumpuh bahagian pinggang ke bawah sedang duduk seorang diri sambil melipat baju sebelum didatangi oleh seorang lelaki yang pada mulanya disangkakan anak saudaranya.

Menurut mangsa, pada ketika itu, pintu rumahnya yang uzur itu berkunci dari dalam, namun dengan mudah dapat dibuka oleh lelaki berkenaan.

"Lelaki yang menutup mukanya dengan tuala menyerbu masuk rumah dan kemudian terus mengilas tangan makcik ke belakang dan menyembamkan muka makcik ke lantai sebelum merentap subang pesaka yang diwarisi daripada arwah emak makcik, dan melarikan diri," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini. - Bernama

Jangan terpedaya sindiket tawar wang

Posted:

Jangan terpedaya sindiket tawar wang

Jangan terpedaya sindiket tawar wang

07/09/2011 6:27pm

KOTA KINABALU – Polis sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya tidak diperdaya oleh satu sindiket yang menjanjikan tawaran hebat termasuk hadiah wang yang lumayan menerusi satu peraduan yang meragukan.

Ingatan dibuat oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sabah, Supt Jauteh Dikun hari ini ketika mengulas muslihat satu sindiket yang meminta orang ramai menambah nilai kredit telefon bimbit kononnya untuk melayakkan mereka memenangi hadiah wang tunai sehingga RM10,000.

"Masih ada segelintir masyarakat membiarkan diri mereka tertipu dengan cara yang demikian," katanya kepada pemberita di sini.

Jauteh berkata dalam kes terbaru, seorang mangsa telah menerima SMS supaya mengambil hadiah yang dijanjikan di sebuah pasar raya di Sandakan, tetapi didapati peraduan itu tidak wujud.

Menurutnya, polis telah menerima empat aduan serupa membabitkan kerugian berjumlah RM2,000 sejak bulan lepas dan telah mendapatkan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menjejaki pemilik nombor-nombor telefon terbabit. – Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved