Isnin, 5 September 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Nenek gadai nyawa selamatkan ibu, cucu

Posted:

Nenek gadai nyawa selamatkan ibu, cucu

Nenek gadai nyawa selamatkan ibu, cucu

05/09/2011 8:30pm

KANGAR — Seorang wanita nekad memasuki sebuah rumah papan yang sedang terbakar bagi menyelamatkan nyawa ibu dan dua cucunya dalam kejadian di Bukit Temiang dekat sini hari ini.

Che Jaezah Saidun, 45, berkata, semasa memasuki rumah itu, api sudah marak di bahagian bumbung dan telah hampir runtuh namun bersyukur kerana kesemua mereka dapat diselamatkan dalam kebakaran yang berlaku kira-kira 1.30 tengah hari.

Che Jaezah berkata ibunya, Habibah Safar, 70, yang baru menjalani pembedahan mata dan dua cucunya, Tengku Putra Shakirin Mohd Nordin, 5, dan adiknya, Tengku Putri Sofia, 3, berada dalam rumah itu ketika kejadian manakala beliau berada di rumahnya yang terletak berhampiran rumah ibunya.

Katanya, beliau membawa turun ibunya terlebih dahulu ke tempat selamat sebelum bergegas semula ke dalam rumah itu bagi menyelamatkan dua cucunya yang berada dalam sebuah bilik manakala anggota keluarga lain yang menghuni rumah itu keluar bekerja.

Kebakaran itu turut memusnahkan dua buah kereta, sebuah van dan sebuah motosikal.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kangar, Johari Othman ketika ditemui di tempat kejadian berkata, pihaknya menerima panggilan pada 1.40 tengah hari dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 15 minit kemudian bagi mengawal kebakaran.

Turut membantu mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan berhampiran ialah pasukan bomba sukarela daripada balai bomba sukarela Pauh, Padang Besar, Kuala Perlis, Gial dan Kodiang.

Johari berkata, punca kebakaran masih disiasat dan kerugian dianggarkan bernilai RM70,000. — Bernama

Kastam Selangor rampas gading RM3j

Posted:

Kastam Selangor rampas gading RM3j

Kastam Selangor rampas gading RM3j

05/09/2011 8:25pm

PELABUHAN KLANG — Bahagian Penguatkuasaan Kastam Selangor merampas 695 gading gajah seberat dua tan bernilai RM3 juta yang ditemui di dalam salah satu daripada dua kontena yang diisytiharkan berisi plastik hancur kitar semula hari ini.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Bahagian Penguatkuasaan) Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Zainul Abidin Taib memberitahu sidang akhbar di sini hari ini, kontena yang disyaki mengandungi gading gajah itu ditahan di Pelabuhan Barat di sini pada Jumaat lepas dan pemeriksaan secara menyeluruh dilakukan pagi ini.

Beliau berkata, Kastam Selangor membuat penahanan itu selepas mendapat maklumat daripada Bahagian Penguatkuasaan Kastam Pulau Pinang bahawa terdapat dua kontena bersaiz 20 kaki (6.09 meter) yang disyaki dimuatkan dengan gading gajah berada di Pelabuhan Barat.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan pasukan Kastam mendapati 92 beg plastik dimuatkan di bahagian tengah sebuah kontena tersebut berisi gading gajah bersama barangan "recycle crush plastic"", katanya.

Maklumat awal siasatan mendapati gading gajah ini berasal dari Tanzania dan akan dihantar ke China sebelum dieksport semula ke negara-negara rantau Asia, katanya.

Beliau berkata, tiada tangkapan dibuat setakat ini dan pihaknya masih menjalankan siasatan berikutan rampasan ini. — Bernama

Gempa bumi kuat gegar Tonga

Posted:

Gempa bumi kuat gegar Tonga

Gempa bumi kuat gegar Tonga

05/09/2011 7:15pm

KUALA LUMPUR — Gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Tonga pukul 5.52 petang ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa itu terletak 913 kilometer di timur laut Suva Fiji dan 7,825 kilometer di tenggara Tawau, Sabah.

Bagaimanapun, gempa itu tidak mendatangkan ancaman tsunami terhadap Malaysia. — Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved