Sabtu, 17 September 2011

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


'Saya tidak akan tunduk'

Posted:

'Saya tidak akan tunduk'

'Saya tidak akan tunduk'

VILLAS-BOAS tidak gentar berdepan suasana di Old Trafford.


LONDON – Andre Villas-Boas akan berdepan cabaran terbesar dalam kariernya apabila berkunjung ke Old Trafford malam ini.

Pengurus baharu Chelsea itu akan berjalan

di hadapan 75,000 penonton

di Old Trafford untuk berdepan sebuah pasukan hebat, Manchester United dan seorang pengurus yang memiliki reputasi dan pencapaian yang hebat di dunia.

Alex Ferguson mula mengambil alih United ketika pengurus The Blues itu baru berusia lapan tahun.

Namun, Villas-Boas berkata: "Saya tidak akan tunduk dengan reputasi Alex Ferguson mahu pun suasana di Old Trafford.

"Sudah tentu saya rasa diri saya tidak setanding dengannya dan kamu kena beri hormat kepada seseorang yang mempunyai reputasi dan pencapaian hebat sepertinya.

"Kehebatan kami dalam segi permainan amat sedikit. Pada peringkat ini, pemain yang akan menentukan apa yang akan berlaku, mereka yang akan menggunakan bakat mereka dan bermain di atas padang.

"Apa yang kami boleh buat ialah membantu mereka menggunakan bakat mereka sebaik mungkin."

Villas-Boas juga berjanji dia tidak akan menjadi mangsa kepada taktik psikologi Ferguson.

Jose Mourinho sebelum ini pernah menggelar Ferguson sebagai pengurus yang hebat dalam perang psikologi sebelum perlawanan dengan Kevin Keegan, Rafael Benitez dan Arsene Wenger sebagai mangsanya.

"Selain dengan perang psikologi ini, saya tidak tahu bagaimana untuk jelaskan situasi diri saya," katanya.

"Saya akan tunggu dan lihat sama ada saya perlu membalasnya atau tidak, tetapi bagi saya pemain yang lebih penting di dalam padang.

"Paling penting ialah pemain percaya kepada pengurus. Jika tidak, mereka akan fikir pengurus tunduk kepada tekanan." – Agensi

Dalglish utamakan prestasi

Posted:

Dalglish utamakan prestasi

Dalglish utamakan prestasi


Carragher antara pemain veteran yang bakal kehilangan tempat dalam kesebelasan utama.


LONDON - Kenny Dalglish (gambar) memberi amaran kepada 'kuda tua' Liverpool bahawa mereka akan dinilai dari segi prestasi dan bukannya menerusi reputasi.

Kapten The Reds, Steven Gerrard mungkin akan disenaraikan di bangku simpanan pada pertemuan dengan Tottenham malam ini selepas enam bulan berehat kerana kecederaan pangkal paha.

Sementara itu, rakan seusianya, Jamie Carragher telah mempamer prestasi yang semakin goyah pada awal musim ini.

Dengan pembelian ramai pemain baru untuk memperkuatkan pasukan, peluang Gerrard dan Carragher untuk dipilih secara automatik dalam skuad utama kini semakin sukar.

Pengurus Liverpool, Dalglish tidak meragui sumbangan yang telah diberikan Gerrard, 31, dan Carragher, 33, selama sedekad kepada The Reds, namun mereka perlu bersaing dengan pemain lain untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama.

Namun dia menjelaskan: "Tiada siapa yang akan dipilih berdasarkan sejarah mereka. Mereka yang telah lama bersama kelab ini juga perlu menghadapi situasi ini.

"Mereka perlu meletakkan standard yang lebih tinggi terhadap diri mereka sendiri.

"Sekiranya mereka gagal, mereka tidak akan berada di sini dan tidak akan mengecapi kejayaan yang mereka ada sekarang."

Begitupun, Dalglish menegaskan sumbangan dua pemain itu kepada Liverpool tidak akan dilupakan, sambil menambah: "Mungkin orang yang tidak 'berotak' perlu diingatkan tentang perkara ini.

"Namun penyokong kelab ini tahu apa yang mereka telah lakukan kepada kelab bola sepak ini." - Agensi

Benayoun mampu sesuaikan diri

Posted:

Benayoun mampu sesuaikan diri

Benayoun mampu sesuaikan diri


BENAYOUN (kiri) sudah semakin selesa dengan corak permainan yang diterapkan di Emirates.


LONDON - Arsene Wenger yakin Yossi Benayoun mampu menyesuaikan diri dalam skuad Arsenal.

Pengurus The Gunners itu juga tidak menolak kemungkinan bahawa perancang berasal dari Israel itu akan menerima kontrak tetap sebagai pemain di Emirates.

Benayoun, 31, merupakan antara lima pemain baru yang dibawa Wenger dan dia menyertainya secara kontrak pinjaman.

Langkah ini adalah sesuatu yang jarang dilakukan oleh pengurus Arsenal itu selepas tidak meneruskan khidmat pemain pinjaman dari Real Madrid, Julio Baptista pada 2006.

Begitupun, Wenger menjelaskan jika semuanya berjalan dengan baik bagi bekas perancang West Ham dan Liverpool itu, maka perpindahan tetap mungkin akan dibuat.

"Masih terlalu awal untuk beritahu ketika ini (sama ada kami akan membelinya atau tidak), tetapi saya tidak menolak kemungkinannya," kata Wenger.

"Saya mahu dia memberi sumbangan sebanyak mungkin kepada pasukan ini sama seperti pemain lain, tidak lebih dan tidak kurang.

"Benayoun memberi aksi terbaik setiap kali diturunkan dan kami rasa dia berjaya menyesuaikan diri dengan baik. Dia boleh bermain di kedua-dua belah sayap dan juga di tengah.

"Keseluruhannya, dia telah buktikan Selasa lalu (menentang Borussia Dortmund) bahawa keadaan fizikalnya juga semakin pulih dan cergas." - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved