Isnin, 5 September 2011

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Sentuhan Rooney ditagih

Posted:

Sentuhan Rooney ditagih

Sentuhan Rooney ditagih

ROONEY akan mengetuai jentera serangan England pada aksi kelayakan Kumpulan G
menentang Wales awal pagi esok.


LONDON - Kapten England, John Terry percaya Wayne Rooney kini berada dalam prestasi terbaik bagi membantu skuad Three Lions melangkah ke pusingan akhir Euro 2012.

Skuad kendalian Fabio Capello itu hanya perlu mencatatkan kemenangan ke atas Wales pada aksi kelayakan peringkat Kumpulan G di Stadium Wembley awal pagi esok bagi mengesahkan slot ke pusingan akhir yang bakal berlangsung di Poland dan Ukraine.

Justeru, sentuhan berbisa Rooney pastinya sekali lagi ditagih selepas dia tampil bergaya apabila meledak dua gol ketika membantu England menewaskan Bulgaria 3-0, Sabtu lalu.

Dua jaringan tersebut sekali gus telah menamatkan kemarau gol yang dialami Rooney di pentas antarabangsa dalam 15 perlawanan.

Terry yang ternyata gembira dengan persembahan yang dipamerkan Rooney menyuarakan keyakinannya bahawa penyerang Manchester United itu akan terus menjadi senjata utama England untuk tempoh 10 tahun lagi.

"Rooney kini telah kembali menemui rentaknya semula. Dia telah mempemerkan aksi cukup cemerlang dalam tempoh seminggu ini dan membuktikan yang sentuhan penyudahnya masih berbisa.

"Semua orang ketika ini sibuk bercakap mengenai pemain muda dan pemain senior. Namun, Rooney tidak termasuk dalam dua kategori tersebut kerana dia masih ada banyak yang akan disumbangkan dalam tempoh 10 tahun akan datang.

"Dia telah mempamerkan aksi cemerlang bersama United dan meneruskannya bersama England," kata Terry.

Atas kertas, skuad Three Lions hanya memerlukan empat mata dalam dua perlawanan terakhir bagi mengakhiri kempen kelayakan selaku juara Kumpulan G.

Dalam pada itu, Capello dijangka sekali lagi mempertaruhkan kepercayaan terhadap barisan kesebelasan utama yang diturunkannya ketika menewaskan Bulgaria pada aksi berdepan Wales nanti.

Keputusan tersebut bakal menyaksikan perancang Chelsea, Frank Lampard akan sekali lagi memanaskan bangku simpanan. - AFP

Kelantan sedia pertahan gelaran

Posted:

Kelantan sedia pertahan gelaran

Kelantan sedia pertahan gelaran

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my

MESKIPUN dihimpit masalah penjaga gol, penyandang juara, Kelantan sudah bersedia memulakan kempen Piala Malaysia musim ini.

Jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu berkata, sesi latihan yang bermula Jumaat lalu selepas sambutan Aidilfitri digunakan sebaik mungkin dalam memantapkan skuad The Red Warriors.

Menurut beliau, segala persiapan berjalan dengan lancar dan barisan pemainnya berada pada tahap terbaik menjelang aksi sulung menentang Sarawak di Stadium Sarawak, Kuching malam ini.

"Kami perlu menang dalam perlawanan pertama bertemu Sarawak. Ini penting sebagai bekalan semangat bagi mengharungi saingan peringkat kumpulan selepas ini.

"Begitupun, saya tidak mahu mengambil mudah perlawanan dengan Sarawak.

"Walaupun mereka beraksi dalam saingan Liga Premier, tetapi kemampuan pasukan itu tidak boleh dipandang rendah," kata Karathu semalam.

Karathu memberitahu, saingan Piala Malaysia berbeza dengan kempen Liga Super dan setiap pasukan pasti menampilkan aksi yang berbeza dalam cabaran kali ini.

"Setiap pasukan yang bertemu dengan Kelantan pasti akan bermain mati-matian dan cuba untuk menewaskan kami.

"Jadi sebagai juara Liga Super dan Piala Malaysia, kami harus tinggalkan gelaran tersebut buat seketika, sebaliknya bekerja dengan lebih keras.

"Saya mahu pemain mempamerkan aksi terbaik dan memberikan tumpuan sepenuhnya serta bermain sebagai satu pasukan sepanjang perlawanan berlangsung bagi memastikan kita berada pada landasan terbaik untuk mempertahankan kejuaraan musim lalu," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, jurulatih yang kaya dengan pengalaman itu memberitahu, kesemua pemainnya bebas daripada kecederaan kecuali Zairul Fitree Ishak dan R. Surendran.

"Zairul Fitree semakin pulih, tetapi masih belum dapat beraksi, jadi saya akan tunggu sehingga dia pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang dialaminya.

"Surendran masih lagi bergelut dengan kecederaan. Saya harap dia mampu pulih dalam masa terdekat untuk membantu kita dalam saingan kali ini," katanya.

Mengulas mengenai jentera serangan, Karathu berkata, penyerang berbisa, Norshahrul Idlan Talaha semakin menampakkan keserasian bersama gandingan baharunya, Azammuddin Mohd. Akil.

"Saya gembira melihat perkembangan ini, kedua-dua pemain semakin serasi dan ini memudahkan kerja saya untuk memperkemas dan mempertajam lagi jentera serangan pasukan bagi saingan kali ini," jelasnya.

Johor FC buru tiga mata berharga di laman sendiri

Posted:

Johor FC buru tiga mata berharga di laman sendiri

Johor FC buru tiga mata berharga di laman sendiri

JURULATIH Johor FC, Azuan Zain (gambar) menuntut barisan pemainnya mempamerkan aksi terbaik dalam misi meraih tiga mata penuh ketika menentang Felda United pada aksi Kumpulan C malam ini.

Beraksi di laman sendiri di Stadium JCorp, Pasir Gudang, angka tiga sentiasa bermain di fikiran pengendali berstatus kelab itu yang tidak rela anak-anak buahnya tercicir mata berharga

Ini kerana, Azuan menganggap peluang Johor FC mara ke saingan suku akhir agak terbuka kerana skuad kendaliannya turut diundi bersama Kelantan dan Sarawak.

Jelasnya, selain faktor taktikal, kekuatan mental pemain amat diperlukan bagi memastikan tiga mata berharga menjadi milik Johor FC pada saingan pembukaan kempen Piala Malaysia itu.

"Kelantan dilihat sebagai pasukan pilihan untuk muncul sebagai juara kumpulan dan perebutan slot untuk mengiringi juara agak seimbang bagi ketiga-tiga pasukan (Felda United, Sarawak dan Johor FC).

"Sasaran kami adalah ke peringkat suku akhir dan kami harus memastikan pasukan kami berada kelompok dua pasukan teratas dalam Kumpulan C nanti," kata Azuan.

Azuan turut berharap benteng pertahanan Johor FC sentiasa fokus sepanjang perlawanan kerana menyedari Felda United memiliki barisan pemain berpengalaman.

"Perlawanan menentang Felda United amat penting sebagai titik permulaan untuk kami mengharungi saingan kali ini," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved