Isnin, 5 September 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Bayar RM50,000 dapat gelaran Datuk

Posted:

Bayar RM50,000 dapat gelaran Datuk

Bayar RM50,000 dapat gelaran Datuk

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

AMIN menunjukkan kad perniagaan seorang lelaki yang dikhuatiri menipunya untuk mendapatkan gelaran Datuk di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan mendakwa khuatir ditipu pihak tidak bertanggungjawab apabila diminta membayar sejumlah RM50,000 bagi tujuan pengurniaan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk oleh Datuk Undang Wilayah Naning, Melaka tidak lama lagi.

Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Amin, 50-an, itu mendakwa dia didatangi oleh individu berkenaan ketika dia dan beberapa rakannya mempunyai urusan perniagaan di Alor Gajah, Melaka tengah hari kelmarin.

Katanya, dalam pertemuan tersebut, individu tersebut memberi jaminan bahawa mereka boleh mendapatkan gelaran Datuk menjelang istiadat yang akan diadakan di negeri itu pada 20 Oktober depan.

Menurutnya, lelaki tersebut memberitahu lokasi istiadat pengurniaan darjah gelaran Datuk itu masih belum ditentukan sama ada akan diadakan di hotel atau resort.

Bagi tujuan itu dakwanya lagi, kesemua mereka dikehendaki membayar 10 peratus daripada RM50,000 seorang manakala bakinya perlu diselesaikan segera dalam tempoh berperingkat sebelum istiadat berkenaan diadakan.

"Pada mulanya, hati saya berbelah-bahagi namun apabila kesemua rakan bersetuju, mahu tidak mahu saya pun membayar RM5,000 kepada individu tersebut," ceritanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Balu polis mohon pencen suami

Posted:

Balu polis mohon pencen suami

Balu polis mohon pencen suami


SHARIFAH Aminah menunjukkan gambar arwah suaminya, Syed Omar (kanan) yang pernah berkhidmat di Balai Polis Bukit Kepong ketika ditemui di Alor Setar semalam.


ALOR SETAR - Sharifah Aminah Syed Ali, 83, balu kepada seorang anggota polis yang pernah berkhidmat di Balai Polis Bukit Kepong selepas berlakunya tragedi serangan komunis, memohon supaya dipertimbangkan untuk menerima pencen suaminya yang meninggal dunia semasa bertugas di Balai Polis Kulim pada 1962.

Sharifah Aminah yang kematian suami Syed Omar Syed Yasin hampir 50 tahun lepas, memohon agar dipertimbangkan bayaran pencen kerana sepanjang kematian suaminya, dia tidak pernah menerima imbuhan itu.

"Selepas kematian suami, saya hanya menerima duit sagu hati sebanyak RM1,800 dan selepas itu sudah tidak dapat apa-apa duit. Duit pencen pun tidak dapat juga sampai hari ini," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Katanya, selepas berkahwin dengan Syed Omar, mereka menetap di Kota Tinggi, Johor sebelum berhijrah ke Johor Bahru dan kemudiannya ditukarkan ke Bukit Kepong.

"Masa mula-mula sampai di Bukit Kepong, rusuhan memang sudah reda tetapi keadaan ketika itu sangat menakutkan. Selepas pukul 6 petang, kami kena tutup semua pintu dan tingkap dan tidak boleh keluar rumah. Hendak ambil air daripada telaga pun tidak boleh sebab komunis humban mayat-mayat dalam telaga.

"Kami terpaksa menggunakan air Sungai Bukit Kepong untuk kegunaan seharian," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

2.3 juta pekerja asing daftar 6P

Posted:

2.3 juta pekerja asing daftar 6P

2.3 juta pekerja asing daftar 6P

PUTRAJAYA - Seramai 2,320,034 orang pekerja asing dan pendatang asing tanpa izin (PATI) telah mendaftar untuk Program 6P setelah berakhirnya proses pendaftaran melalui sistem biometrik pada 31 Ogos lepas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) berkata, jumlah itu meliputi 1,016,908 pekerja asing sah dan 1,303,126 PATI.

"Ini menunjukkan satu jumlah yang begitu besar. Jumlah ini tidak termasuk yang enggan mendaftarkan diri, pembantu rumah dan pelarian di Sabah dan Sarawak.

"Kalau kita tidak ambil tindakan, kita tidak lalui proses 6P, maka masalah ini akan lebih berat pada masa akan datang," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved