Isnin, 5 September 2011

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Kari ayam pencen pelengkap Syawal Ziana

Posted:

Kari ayam pencen pelengkap Syawal Ziana

Kari ayam pencen pelengkap Syawal Ziana

RIUH suasana sesi fotografi tengah hari itu kerana lawak dan ceritera dari figura bersuara lantang, Ziana Zain. Masih kekal anggun dan langsing biarpun usianya sudah mencecah 43 tahun.

Sementara wajahnya ditatarias oleh Najeeb, mulutnya masih tidak berhenti berceloteh. Selepas memberikan 'pose' istimewanya buat jurugambar Shahril Azman Zain dengan menggayakan dua baju rekaan Lynda Rahim, Ziana tidak dibiarkan lama lantas ditemu bual mengenai sambutan rayanya tahun ini.

"Tahun ini saya menyambut raya di Shah Alam pada sebelah paginya dan kemudiannya pada sebelah petangnya pulang ke kampung halaman saya di Kampung Simpang Merlimau, Melaka," katanya ketika ditemui selepas sesi fotografi yang diadakan di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Lain nikmat lain bahagianya menyambut Syawal baik sang gerangan bujang atau yang sudah berkeluarga. Biar apapun situasi sambutan lebaran pastinya disambut meriah mengikut acuan masing-masing.

Bagi pemilik nama sebenar Siti Roziana Zain ini jika sebelum berkahwin sambutan lebarannya dibuat di saat-saat akhir namun bila sudah berkeluarga dan memiliki empat orang anak semua persiapan harus dibuat terlebih awal. Tidak lagi mengutamakan diri sebaliknya keseronokan Syawal dibiarkan anak-anak merasai nikmatnya.

Tuturnya, rasa meriah hari rayanya juga berbeza sewaktu hidup membujang dan juga selepas berkahwin.

Raya kanak-kanak

"Bila terkenang raya, masa zaman kanak-kanak sangat meriah. Masa itu suka sangat pakai baju baharu, pergi ke rumah-rumah orang dan kumpul duit raya.

"Tetapi bila sudah ada anak kita sediakan dia macam-macam seperti baju melayu, jeans, kemeja serta capal dan biar mereka pula rasa keseronokan hari raya dengan pelbagai juadah dan sambutan raya ke rumah-rumah," kata ibu Ziana mengenai empat orang anaknya iaitu Muhammad Aiman Armin Zaharin dan Muhammad Amar Armin Zaharinserta kembarnya Muhammad Airil dan Siti NurQaseh Armin Zaharin.

Bagi Ziana memadai sahaja dua helai baju raya untuk dipakai sempena lebaran.


Bila terkenang raya, masa zaman kanak-kanak sangat meriah. Masa itu suka sangat pakai baju baharu, pergi ke rumah-rumah orang dan kumpul duit raya - ZIANA


"Cukup sahaja dua helai kain cotton yang dibeli di Kompleks Shah Alam untuk dipakai pada hari raya. Lagipun, saya memiliki sehelai lagi baju raya yang dihadiahkan oleh kawan," katanya.

Setiap kali Syawal, pasti juadah kegemaran menjadi pilihan utama santapan pelantun lagi Madah Berhelah itu. Jika orang lain membuat pilihan lemang dan rendang sebagai hidangan wajib tatkala menyambut Syawal sebaliknya bagi Ziana menu kari ayam pencen masakan ibunya menjadi pelengkap Aidilfitri.

"Memang tidak lengkap raya saya kalau tak dapat rasa masakan mak, kari ayam pencen. Rasa dan kuahnya yang istimewa kalau dimakan bersama nasi atau ketupat memang sesuai sangat. Setiap tahun pasti mak akan sediakan menu ini termasuk nasi impit dan kuah kacang," katanya yang juga hebat memasak.

Menyentuh mengenai rumah terbuka, penyanyi yang terkenal dengan trademark kening terangkat itu tidak lagi buat rumah terbuka selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Katanya, jika sebelum berkahwin dia punyai masa dan tenaga untuk buat rumah terbuka tetapi selepas memiliki cahaya mata kudrat untuk membuat rumah terbuka semakin terbatas.

Bukan itu sahaja, duta produk Slim World Beauty House itu juga terpaksa lebih selektif memilih tawaran nyanyian mahupun lakonan ketika ini.

"Jika dulu kita boleh terima apa sahaja yang ditawarkan tetapi selepas berkeluarga saya kena mengutamakan anak-anak," ujarnya.

Tidak hadir

Beralih pula mengenai projek terbaharunya, kata Ratu Pop Asia itu, buat masa ini dia masih menunggu 'lampu hijau' daripada penyanyi Sohaimi Mior Hassan untuk berduet lagu Misteri Cinta.

Ziana turut sedang dalam persiapannya menanti Konsert Pesta Raya bersama adiknya Anuar Zain pada 30 September ini.

"Selepas raya, saya dan Anuar akan sibuk buat latihan untuk konsert pesta raya yang akan berlangsung di Singapura pada 30 September ini," katanya.

Ziana juga menjawab mengenai isu kenapa dia tidak hadir ke rakaman Mentor Raya biarpun sudah menerima jemputan dan mengesahkan kehadiran.

"Sebelum ini pihak mereka merancang untuk buat rakaman Mentor Raya itu sebelum bulan puasa. Disebabkan itu saya terima tetapi akhirnya mereka beritahu terpaksa buat rakaman masa bulan puasa. Jadi, saya tidak dapat hadir ke rakaman Mentor Raya itu sebab masa bulan puasa jadual saya sangat sibuk," katanya yang juga terpaksa menolak tawaran berlakon drama kerana punyai komitment lain serta perlu menguruskan keluarga dan anak-anak.

Kali terakhir kelibat Ziana di layar perak dilihat menerusi wataknya sebagai nenek kebayan dalam filem KRU, Magika.

Cabaran buat Rusdi, Faezah

Posted:

Cabaran buat Rusdi, Faezah

Cabaran buat Rusdi, Faezah

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL


RUSDI dan Zizan bakal menyuntik tenaga lakonan masing-masing untuk filem Tanda Putera.


JIKA ditonton di kaca televisyen atau di layar perak, memang nampak mudah sahaja karakter yang dibawa oleh para aktres dan aktor membawa watak masing-masing. Namun pada hakikatnya, ia sebenarnya memerlukan usaha dan kepayahan tidak ketinggalan cabaran yang perlu digalas mereka bagi menjayakan apa sahaja watak yang diberi kepada mereka agar kelihatan natural.

Cabaran menjadi lebih sukar tatkala membawa watak seorang tokoh yang cukup berpengaruh. Setiap perlakuan dan gerak geri mereka perlu dipelajari secara terperinci agar tidak terlalu berlebihan mahupun terlalu kurang.

Bagi Rusdi Ramli dan Faezah Elai, diberi kepercayaan memegang watak tokoh negara, Tun Abdul Razak Datuk Hussein dan isterinya, Tun Rahah Tan Sri Mohd. Noah untuk Tanda Putera, filem terbaharu arahan pengarah terbilang tanah air, Datuk Paduka Shuhaimi Baba bukanlah perkara mudah bagi mereka. Kajian yang terperinci dan menonton rakaman visual merupakan ulang kaji sebelum mereka melakonkan dua watak tokoh yang diberi itu.

"Filem Suhaimi Baba tiada satu pun yang tidak mencabar. Namun filem ini lain sedikit kerana karakter yang saya bawakan itu merupakan tokoh negara sebenar yang pernah hidup dan itu yang membuatkan saya lebih tertekan.

"Antara cabaran utama yang dihadapi ialah kekurangan bahan rujukan tentang Tun Razak sendiri. Namun, Pesona Pictures sendiri ada berikan sedikit bahan yang selebihnya ada juga yang saya cari menerusi Internet," ujar Rusdi yang mana mereka perlu bekerjasama dan bantu sesama sendiri untuk menjiwai watak yang diberi.


SHUHAIMI bersama tiga pelakon utama Tanda Putera, Rusdi Ramli (kiri), Zizan Nin dan Faezah Elai.


Cerita Rusdi lagi, merealisasikan watak Tun Razak ini banyak memerlukan dirinya bermain dengan emosi memandangkan beliau ialah seorang pesakit yang menghidap leukemia namun dia berjaya sembunyikan dari pengetahuan orang ramai termasuk isterinya sendiri Tun Rahah.

Lain pula bagi Faezah. Ujarnya watak yang ditawarkan kepadanya itu diterima atas dasar ingin membuktikan yang dirinya bukan sekadar artis tempelan di dalam industri lakonan. Bermula dengan menjadi seorang peragawati, Faezah ingin membuktikan dirinya bukan sekadar hiasan namun sebenarnya dia punya bakat dalam diri yang mampu dipertaruhkan.

"Menjadi Tun Rahah adalah sukar kerana saya hanya punyai rakaman visual semasa dia menghadiri pengebumian suaminya dan semasa mengundi sahaja. Jadi, saya tidak pasti bagaimana kelakuannya dan perangainya kerana di dalam visual dia kelihatan seperti tenang walaupun menghadiri upacara pengebumian.

"Jadi, saya perlu banyak buat kajian dan latihan agar menghidupkan watak tersebut secara logik dengan menggunakan imaginasi sendiri. Sepanjang karier saya juga, ini merupakan watak yang paling berat pernah saya terima," jelasnya antara cabaran lain ialah perlu banyak bermain dengan emosi dalaman.

Tambahnya, sebagai pendatang baharu dalam industri perfileman, meraiah watak sebegini apatah pula daripada pengarah seperti Shuhaimi merupakan satu pengalaman bermakna bagi dirinya dan bersyukur dengan rezeki yang diterima.

Tanda Putera merupakan filem kedua berunsur kenegaraan arahan Shuhaimi selepas 1957 Hati Malaya pada tahun 2007. Filem usaha sama (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Pesona Pictures ini mengisahkan mengenai persahabatan dan perjuangan dua negarawan iaitu Tun Razak dan Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dalam mentadbir negara

Filem yang bakal ditayangkan tahun depan ini turut dibintangi oleh Zizan Nin, Faezah Elai, Linda Hashim dan ramai lagi.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved