Rabu, 17 Ogos 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Skim cepat kaya: 2 dipenjara dan didenda

Posted:

Skim cepat kaya: 2 dipenjara dan didenda

Skim cepat kaya: 2 dipenjara dan didenda

17/08/2011 8:44pm

KUALA LUMPUR – Dua pengarah syarikat Mercantile Point Sdn Bhd masing-masing dihukum penjara dua tahun serta denda RM3 juta dan RM5 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah mengikut Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (BAFIA) 1989 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.

Syarikat itu yang menjalankan perniagaan skim cepat kaya milik Rusdie Ganning, 51, dan Hariyah Yaacob, 54, turut dikenakan denda RM3 juta bagi pertuduhan mengikut BAFIA.

Hakim Asmadi Hussin membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan yang diwakili peguam Mohd Hairani Samsi gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap kes itu.

Bagi pertuduhan BAFIA, Rusdie, Hariyah dan syarikat itu masing-masing didakwa menerima deposit hampir RM117 juta daripada pendeposit tanpa lesen sah di antara 24 April 2007 dan 2 April 2008, di Unit 5.1, Unit 5.2 dan Unit 5.7, Aras 5, Wisma UOA II, 21, Jalan Pinang di sini.

Bagi kesalahan itu, Rusdie dihukum penjara dua tahun dan denda RM1.5 juta, manakala Hariyah dihukum penjara dua tahun dan denda RM2 juta.

Bagi kesalahan mengikut AMLAFTA, Rusdie didakwa terhadap 11 pertuduhan manakala Hariyah menghadapi 18 pertuduhan mengguna, memindahkan dan memiliki wang hasil aktiviti haram sebanyak RM32.5 juta sepanjang 2007 dan 2008.

Bagi kesalahan itu, Rusdie dihukum penjara 18 bulan bagi setiap pertuduhan dan didenda RM1.9 juta, yang jika gagal dibayar Rusdie boleh menyebabkannya dipenjara 18 bulan.

Hariyah, yang merupakan ibu tunggal, turut dikenakan hukuman penjara yang sama dengan Rusdie bagi setiap pertuduhan dan denda sebanyak RM3.7 juta, dan sekiranya gagal membayar denda itu, dia boleh dipenjara 18 bulan. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

589 ekor ”Star Tortoise” dirampas di KLIA

Posted:

589 ekor "Star Tortoise" dirampas di KLIA

589 ekor "Star Tortoise" dirampas di KLIA

17/08/2011 8:39pm

KUALA LUMPUR – Sebanyak 589 ekor kura-kura jenis "Star Tortoise" dirampas Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, dekat sini hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Perhilitan di sini hari ini, spesies hidupan liar itu ditemui disimpan dalam dua bagasi setelah bagasi itu diserahkan kepada pihak Kastam KLIA untuk pemeriksaan.

Bagaimanapun, tiada sebarang tangkapan dibuat memandangkan pemilik bagasi berkenaan tidak dapat dikesan, menurut kenyataan itu.

Kesemua barang kes itu dihantar ke Ibu Pejabat Jabatan Perhilitan untuk tindakan selanjutnya.

Spesies hidupan liar itu dikawal mengikut Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (1/8) Akta 686(3/8). – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Sembilan warga Indonesia maut kemalangan

Posted:

Sembilan warga Indonesia maut kemalangan

Sembilan warga Indonesia maut kemalangan

17/08/2011 6:41pm

KUCHING – Sembilan warga Indonesia yang sedang dalam perjalanan pulang ke Sambas, Kalimantan Barat selepas bercuti di Sarawak, maut apabila kenderaan SUV yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori dekat Engkelili, Sri Aman, awal pagi ini.

Mereka yang terkorban dikenal pasti sebagai Juhran, 26; Asmadi, 51; Yusran Said, 29; Maulidi Jabiah, 25; Muslimin Jabiah, 25; Ilham Tamrin, 27; Ilham Muzani, 26; Jafri Annuar, 26; dan Junaidi Tamrin, 38.

Konsul Indonesia, Joko Suprapto ketika dihubungi berkata, kemalangan berlaku kira-kira 3.30 pagi ketika kesemua mereka yang dipercayai sedang bercuti di Sarawak dalam perjalanan pulang ke Sambas, Kalimantan Barat dari Bintulu.

Katanya, pihak konsul Indonesia dimaklumkan tentang kejadian tersebut pagi ini dan kini masih lagi menunggu pengesahan dokumen mangsa daripada pihak polis dan hospital.

"Kita bersimpati dengan keluarga mangsa dan kini sedaya upaya untuk memastikan segala urusan penghantaran jenazah mangsa yang kita percayai ada hubungan saudara (kekeluargaan) dapat dihantar pulang ke Indonesia," katanya sambil mengesahkan bahawa semua mangsa adalah warga Indonesia. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved