Rabu, 17 Ogos 2011

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Jadual penuh sepanjang puasa

Posted:

Jadual penuh sepanjang puasa

Jadual penuh sepanjang puasa

FIZO dan Yana kini menjadi artis naungan Metrowealth yang padat dengan tawaran berlakon filem.


JIKA sebelum ini wajah Fizo Omar lebih banyak dipaparkan di kaca-kaca televisyen menerusi puluhan drama serta telefilem, namun selepas kejayaan filem Kongsi rezeki pelakon berkenaan di layar perak semakin terbuka luas.

Terbaru, anak jati kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem berjudul Minyak Dagu arahan Azhari Zain bersama Norliana Samsudin.

"Alhamdulillah, rezeki saya dalam bidang lakonan sekarang semakin mencurah-mencurah. Kini aktiviti lakonan saya tidak terhad pada drama dan telefilem sahaja, tetapi pada tahun ini saya sudah terbabit dengan beberapa buah filem.

"Boleh dikatakan jadual saya sepanjang bulan puasa juga sangat padat kerana ketika ini saya sedang sibuk pula menjalani penggambaran filem Azazil hingga adakalanya saya terpaksa berbuka puasa dan bersahur di lokasi," ujarnya yang ditemui sewaktu majlis berbuka puasa anjuran Metrowealth.

Tambah Fizo, jika kebanyakan pelakon lain menghentikan seketika aktiviti lakonan mereka sepanjang bulan Ramadan ini, tetapi dia mengambil langkah sebaliknya semata-mata tidak mahu melepaskan peluang yang telah diberikan.

Ujarnya, sepanjang bergelar pelakon dia sememangnya mempunyai impian untuk bekerja di bawah pengarah Khabir Bhatia dan dia tidak mampu untuk menolak tawaran berlakon filem Azazil memandangkan ia diarahkan oleh pengarah tersebut.

Selain filem Minyak Dagu dan Azazil, Fizo memberitahu, ada tiga buah filem lagi lakonannya yang sedang menanti untuk ditayangkan iaitu Hello, Halimunan dan 7 Petala Cinta.

"Selain sibuk di lokasi filem Azazil, pada masa yang sama saya juga kini sedang menjalani penggambaran drama Sofea untuk TV3 dan menjadi pengacara untuk rancangan Nasi Lemak Kopi O.

"Walaupun pernah menjadi pengacara beberapa rancangan sebelum ini, namun ia satu cabaran baharu buat diri saya mengacarakan rancangan ini memandangkan ia ditayangkan secara langsung," jelasnya.

Apa yang menariknya, di sebalik kesibukan menjalani penggambaran filem dan drama, Fizo masih sempat lagi menambahkan sumber pendapatannya dengan menjalankan perniagaan serunding.

Jelas Fizo, sepanjang bulan puasa ini dia telah membuka sebuah gerai serunding yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur dengan menjual pelbagai jenis serunding yang merupakan resipi daripada ahli keluarganya sendiri.

"Sebenarnya perniagaan serunding ini sudah saya mulakan sebelum bulan Ramadan lagi. Boleh dikatakan sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan bukan sahaja dibeli oleh orang ramai, tetapi termasuklah rakan-rakan artis sendiri.

"Bayangkan sebelum umat Islam berpuasa,serunding saya sudah pun terjual sebanyak 500 kilogram. Dengan membuka gerai ini saya telah menyasarkan untuk menjual sebanyak 500 kilogram lagi sehingga menjelang hari raya," ujarnya.

Memandangkan rezekinya yang cukup murah dalam perniagaan serunding tersebut, Fizo juga menyatakan sebanyak RM2 daripada setiap kilogram serunding yang berjaya dijual akan disalurkan kepada beberapa rumah kebajikan.

Ditanya mengenai persiapan menyambut bulan Syawal, pelakon berkenaan memberitahu, dia sekadar menyambut secara ala kadar dan lebih mengutamakan ibu dan adik-beradiknya yang lain untuk pakaian raya.

Sementara itu, Norliana Samsudin atau lebih sinonim dengan panggilan Yana memberitahu, jadualnya juga turut padat sepanjang bulan puasa ini untuk kerja-kerja di belakang tabir.

Ujarnya, selepas selesai menjalani penggambaran filem Minyak Dagu pada minggu lalu, ketika ini dia sedang menyelesaikan kerja-kerja posproduksi untuk filem romantik komedi berjudul 3 Temu Janji.

"Boleh dikatakan jadual kerjaya saya cukup padat dari bulan puasa sehingga Aidilfitri nanti. Misalnya selepas ini saya akan sibuk pula untuk mempromosikan filem Bini Biniku Gangster yang akan ditayangkan pada 22 September nanti.

Katanya: "Ia merupakan filem yang menggabungkan romantik, komedi serta aksi dan saya memegang watak sebagai seorang isteri dan pada masa yang sama merupakan seorang ketua gangster.

"Dalam filem ini juga saya akan bergandingan dengan Shaheizy Sam dan Intan Ladyana.

Meskipun terus sibuk dengan dengan jadual seninya, tetapi pelakon kelahiran Yong Peng, Johor itu masih sempat melakukan aktiviti sampingan bagi menambahkan pendapatan untuk menyambut bulan Syawal.

Sama seperti Fizo yang menjalankan perniagaan serunding, Yana juga turut mengambil kesempatan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual kerepek pisang pedas dan sumpai.

"Perniagaan yang saya lakukan ini sudah lama dijalankan bersama ahli keluarga yang lain. Apa yang istimewanya, produk makanan yang saya jual ini adalah buatan tangan dan resipi sendiri.

"Bagaimanapun, saya belum berpeluang lagi membuka gerai sendiri untuk memasarkannya dan setakat ini saya tumpang letak di kedai kawan saya yang terletak di Uya Bistro, SS15, Subang Jaya, Selangor," jelasnya.

Untuk persiapan raya pula, pelakon berkenaan memberitahu bahawa dia sekadar menyediakan tiga pasang baju raya sahaja pada tahun ini dan akan bercuti selama dua minggu sahaja.

Buku masakan

Selain memiliki bakat yang cukup mengagumkan dalam bidang lakonan, mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang Fizo yang mempunyai bakat terpendam dalam bidang masakan.

Menariknya, dia masih sempat untuk menghasilkan sebuah buku masakan yang mengandungi pelbagai resipi akan diterbitkan tidak lama lagi.

"Sekarang buku masakan sulung saya itu sedang dalam peringkat suntingan akhir dan saya jangka ia akan dapat terbit dan dilancarkan secepat mungkin iaitu selepas hari raya nanti.

"Apa yang istimewa, terdapat 50 resipi yang mengandungi masakan Thai dan masakan yang bersesuaian untuk orang bujang. Konsepnya juga agak santai dan turut diselitkan dengan elemen-elemen hiburan," jelasnya.

Menurut Fizo, hasratnya untuk menghasilkan sebuah buku masakan sudah lama dirancang memandangkan dia sendiri memang pandai memasak dan ingin berkongsi resipi masakan dengan peminat-peminatnya.

Jelasnya lagi, buku masakan yang dihasilkannya itu adalah menerusi permintaan ramai dan dia berharap supaya buku berkenaan akan mendapat sambutan yang menggalakkan apabila diterbitkan nanti.

"Setelah penerbitan buku berkenaan dapat direalisasikan, saya juga mempunyai perancangan yang lebih besar iaitu mahu membuka sebuah restoran masakan Thai pada tahun hadapan," ujarnya.

Fokus lakonan

Di sebalik perkembangan kerjaya seni lakon Yana yang semakin positif, dia juga boleh dikatakan antara pelakon muda yang cukup bertuah kerana pernah duduk di kerusi pengarah sebelum ini.

Selepas muncul dalam filem seram berjudul Histeria pada tahun 2008, dia telah ditawarkan oleh Pengarah Urusan Metrowealth Pictures, David Teo untuk mengarah sebuah filem bercorak cinta.

Dia telah diberi peluang untuk mengarahkan filem berjudul Selamat Pagi Cinta yang dilakonkan oleh Pierre Andre, Que Haidar dan Sharifah Amani, meskipun ketika itu dia masih lagi bergelar seorang mahasiswi.

Apabila ditanya sama ada dia masih berminat untuk menjadi pengarah memandangkan namanya turut tersenarai dalam Skim 10 Pengarah Muda di bawah Metrowealth, pelakon berkenaan menjelaskan dia mahu memberi fokus kepada bidang lakonan terlebih dahulu.

"Semenjak filem Adnan Sempit meletup di pasaran dan kemudian saya dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysi ke-23, rezeki berlakon saya semakin luas.

"Lagipun buat masa ini lebih baik saya memberi tumpuan kepada satu bidang sahaja terlebih dahulu. Selagi masih ada tawaran lakonan yang diterima, saya akan terus berlakon," ujarnya.

Namun begitu, dia tidak menafikan David Teo ada menawarkannya menjadi pengarah semula, tetapi disebabkan kekangan masa dengan jadual lakonan yang padat menyebabkan dia terpaksa menolaknya.

Jelasnya lagi, dia akui minatnya untuk mengarah masih ada lagi dan akan menerima sebarang tawaran seandainya mempunyai kelapangan. Malah, dia memberitahu berminat untuk mengarah sebuah filem bercorak romantik komedi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Mizz Nina masak sahur untuk Noh

Posted:

[unable to retrieve full-text content]APAKAH agaknya juadah sahur pasangan baru berkahwin Mizz Nina dan Noh Hujan di bulan Ramadan. Pertama kali berpuasa sebagai suami selepas berkahwin, Noh mengakui cukup bertuah kerana isteri kesayangannya sanggup menyinsing lengan di dapur menyediakan juadah untuk bersahur.

Depp cuak dengan Moss

Posted:

[unable to retrieve full-text content]DENGAN khabar angin mengenai pembikinan semula filem Dirty Dancing , banyak nama pelakon Hollywood yang disebut-sebut akan ikut serta dalam filem tersebut.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved