Khamis, 4 Ogos 2011

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Hosni dibicarakan walaupun terbaring

Posted:

Hosni dibicarakan walaupun terbaring

Hosni dibicarakan walaupun terbaring


HOSNI MUBARAK terbaring di atas katil dalam sebuah kurungan di sebuah mahkamah di Kaherah semalam.


KAHERAH - Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak mula dibicarakan semalam di sebuah mahkamah di sini berhubung dakwaan beliau melakukan rasuah dan mengarahkan pembunuhan para penunjuk perasaan.

Namun, dia terbaring di atas sebuah katil hospital yang terdapat di dalam sebuah kurungan di mahkamah berkenaan kerana sakit.

Stesen-stesen televisyen Mesir turut menyiarkan imej beliau terbaring itu.

Hosni turut mengangkat kepala untuk melihat proses perbicaraan itu.

Dua anak lelakinya, Gamal dan Alaa yang turut dibicarakan bersamanya berdiri di tepi katil Hosni dan bercakap dengannya.

Hosni diterbangkan dengan menggunakan sebuah pesawat tentera dari sebuah resort peranginan di Sinai menuju ke ibu kota Mesir, di sini untuk dibicarakan.

Di pekarangan mahkamah itu, berlaku pergelutan antara ratusan penyokong dan penentang bekas presiden itu.

Kawalan keselamatan amat ketat di luar bilik mahkamah berkenaan.


SEBUAH stesen televisyen di Mesir menyiarkan dua anak Hosni Mubarak, Gamal (kiri) dan Alaa (empat dari kiri) di dalam kurungan di sebuah mahkamah di Kaherah semalam.


Ratusan anggota polis cuba memisahkan kumpulan penunjuk perasaan yang bergaduh.

Kumpulan penunjuk perasaan yang menyokong Hosni dan yang menentangnya saling membaling botol dan batu ke arah satu sama lain.

Sebelum pergaduhan itu berlaku, sekitar 50 penyokong pemimpin berusia 83 tahun itu melaungkan slogan sambil memegang potretnya di luar lokasi perbicaraan.

Hosni tinggal di sebuah resort di Sharm El Sheikh sejak beliau meletakkan jawatan pada 11 Februari lalu.

Beliau kemudian ditahan di sebuah hospital kawasan peranginan itu sejak April lalu.

Doktor-doktor menyatakan Hosni mengalami masalah jantung.

Hosni yang memerintah Mesir selama 29 tahun dijangka dihadapkan di sebuah mahkamah berkenaan di dalam sebuah kandang bersama beberapa tertuduh lain termasuk dua anak lelakinya dan seorang bekas menteri dalam negeri.

Dakwaan-dakwaan tersebut boleh membawa hukuman gantung sampai mati. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Parlimen Thailand pilih PM pada Jumaat

Posted:

Parlimen Thailand pilih PM pada Jumaat

Parlimen Thailand pilih PM pada Jumaat

BANGKOK - Parlimen Thailand dijangka mengadakan undian pada Jumaat ini untuk memilih seorang Perdana Menteri bagi memimpin kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat.

Undian akan bermula jam 10 pagi, jelas Setiausaha Agung Sekretariat Parlimen, Pitoon Pumhiran.

Yingluck Shinawatra, 44, yang merupakan adik perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra akan menjadi calon Perdan Menteri untuk parti Puea Thai yang menang besar dalam pilihan raya pada 3 Julai lalu .

Puea Thai dikatakan bersetuju membentuk kerajaan campuran bersama lima buah parti lain, sekali gus menguasai 300 daripada 500 kerusi Parlimen.

Sementara itu, Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva mungkin mewakili Parti Demokrat untuk bertanding menjadi Perdana Menteri sekali lagi dalam undian di Parlimen tersebut bagi menentang Yingluck.

Abhisit meletakkan jawatan sebagai pemimpin parti tersebut selepas kalah dalam pilihan raya.

Calon-calon perlu memperoleh sekurang-kurangnya 251 undi untuk menjadi Perdana Menteri, sebelum menerima perkenan daripada Raja Bhumibol Adulyadej sehari selepas pengundian tersebut. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Majikan Singapura upah firma usir pekerja asing

Posted:

Majikan Singapura upah firma usir pekerja asing

Majikan Singapura upah firma usir pekerja asing

SINGAPURA - Majikan-majikan Singapura mengupah firma swasta untuk menjejaki dan mengusir pekerja asing yang dilaporkan hilang atau tidak lagi diperlukan majikan mereka.

Sebuah firman berkenaan, UTR Services menyatakan, pihaknya dibayar sekitar AS$200 (RM595) untuk setiap kes pendatang asing yang berjaya diselesaikan.

Pengarah Perkhidmatan UTR, J. Ravi berkata, pada setiap tahun syarikatnya menghantar pulang sekitar 2,000 pekerja asing dengan 85 peratus bersetuju untuk kembali ke negara asal masing-masing secara sukarela.

"Kakitangan kami tidak menggunakan kekerasan terhadap mereka seperti yang didakwa oleh banyak pihak," katanya.

Di bawah undang-undang Singapura, majikan bertanggungjawab menghantar pulang pekerja asing yang tamat kontrak atau kontrak mereka telah dibatalkan.

Singapura yang kini mengupah sekitar 900,000 pekerja asing menguatkuasakan undang-undang pendatang asing yang ketat.

Ramai pekerja asing didapati tinggal lebih masa di negara pulau ini sekali gus menjana pendapatan untuk firma-firma swasta seperti UTR. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved