Isnin, 18 Julai 2011

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Bengkel kecantikan survival kanser payudara

Posted:

Bengkel kecantikan survival kanser payudara

Bengkel kecantikan survival kanser payudara


BENGKEL solekan anjuran Estee Lauder bertujuan meningkatkan keyakinan diri penghidap dan survival kanser payudara.


SEBAHAGIAN bekas pesakit kanser payudara yang mengambil bahagian di dalam bengkel anjuran Estee Lauder Companies Malaysia minggu lalu pernah melalui detik menyedihkan dalam hidup apabila terpaksa membuang sebahagian payudara mereka semasa menjalani pembedahan.

Bagi mereka yang dikesan menghidapi kanser payudara pada peringkat awal, pasti masih mempunyai perasaan bimbang walaupun ketulan barah berjaya dikeluarkan tanpa memerlukan pembuangan salah satu organ penyusuan itu.

Menurut bekas pesakit kanser payudara, Umi Purwati Sunoto, 56, dia disahkan sebagai pesakit kanser payudara ketika berumur 47 tahun selepas menjalani pemeriksaan lanjut pada tahun 2001.

"Saya menyedari adanya ketulan di payudara saya semasa mandi dan mula berasa bimbang. Saya terus melakukan pemerisaan doktor dan seminggu selepas itu doktor mengesahkan saya menghidap kanser payudara.

"Saya menjalani pembedahan dengan segera dan kini saya sudah bebas sepenuhnya daripada kanser payudara serta menjalani kehidupan yang lebih sihat," katanya yang mempunyai enam orang anak dan 12 cucu.

Menurut Umi Purwati, gaya hidup sihat tidak menjamin seseorang wanita itu bebas kanser payudara, sebaliknya setiap wanita berpotensi dan mesti mengambil langkah pengesanan awal.

"Saya bekerja sebagai guru tarian dan aerobik yang memerlukan saya sentiasa menjalani kehidupan aktif setiap hari selain menyusukan semua anak saya sehingga berusia dua tahun. Tetapi saya masih dijangkiti kanser payudara.

"Oleh itu, saya nasihatkan semua wanita terutama mereka yang berumur lingkungan 40-an untuk segera membuat pemeriksaan mammogram bagi mengesan sekiranya terdapat barah di dalam payudara," katanya.

Tambahnya, selepas pembedahan, dia melakukan pemeriksaan mammogram secara tahunan bagi memastikan kanser payudara tidak kembali.

"Saya tidak berpantang tetapi, mengikuti diet yang seimbang supaya tahap kesihatan saya sentiasa konsisten," katanya yang gembira kerana berpeluang disolek oleh jurusolek Estee Lauder Companies Malaysia.


PARA peserta bengkel bukan sekadar berpeluang mencantikkan wajah malah, turut diberi penekanan tentang ilmu solekan mengikut trend dan pemilihan produk kosmetik yang betul.


Sementara itu, Maznah Meor Razali, 46, disahkan menghidapi kanser payudara pada tahun 2005 ketika dia berusia 39 tahun. Menurut Maznah, sebelah payudaranya terpaksa dibuang akibat pembedahan yang dijalankan.

"Saya turut kehilangan rambut akibat rawatan kimoterapi sebanyak enam kali yang saya ikuti. Tetapi, saya menjalani pembedahan kedua untuk pembinaan semula payudara menggunakan lemak di bahagian perut saya.

"Saya tidak sangka akan menghidapi penyakit ini kerana saya menjalani kehidupan aktif dan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu," katanya yang kini sudah pulih sepenuhnya.

Tambah Maznah, dia masih menjalani pemeriksaan susulan setiap enam bulan dan masih bimbang sekiranya penyakit berulang.

"Saya tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghidapi kanser payudara. Justeru, saya nasihatkan agar semua wanita sentiasa peka dengan simptom kanser payudara supaya ia dapat dikesan di peringkat awal," katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Komunikasi Kanan Clinique, Yen Chong memberitahu, bengkel yang dianjurkan sempena Kempen Kesedaran Kanser Payudara 2011 anjuran Estee Lauder Companies Malaysia itu bertujuan mengembalikan keyakinan bekas pesakit kanser payudara.

"Kami mahu mereka berasa lebih baik dan yakin dengan penampilan mereka, sekali gus dapat mengembalikan semangat mereka dalam meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

"Ia juga adalah peluang untuk mereka kelihatan cantik dan gembira dengan penampilan mereka," katanya.

Tambah Yen, bengkel tersebut turut memberi tunjuk ajar mengenai trend solekan terkini dan produk kecantikan yang sesuai dengan kulit peserta.

"Selain mekap, mereka juga berpeluang mendapat dandanan rambut yang sesuai dan dapat mengikuti sesi fotografi di mana mereka dapat membawa pulang gambar yang dirakam jurugambar profesional.

"Ini adalah acara tahunan anjuran Estee Lauder Companies Malaysia dan setiap tahun kami raikannya dengan cara yang berbeza," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved