Sabtu, 9 Julai 2011

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Dasar laut tema di Giant Tampoi

Posted:

Dasar laut tema di Giant Tampoi

Dasar laut tema di Giant Tampoi


MINYAK Daisy ramuan utama yang digunakan dalam menghasilkan kek dan biskut sepanjang Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 bersama akhbar Kosmo!.


KEHANGATAN saingan cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 yang sebelum ini berlangsung di kompleks beli-belah Star Parade, Alor Setar 2 Julai lalu kini diteruskan di peringkat Zon Selatan esok.

Kali ini, pasar raya besar Giant, Tampoi, Johor Bahru dipilih sebagai lokasi. Seramai 30 orang peserta bakal bersaing dengan mempamerkan kreativiti menghasilkan adunan kek dan biskut ciptaan masing-masing bertemakan dasar laut.

Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 merupakan kerjasama antara akhbar Kosmo! dan minyak jagung Daisy serta rakan strategik Tupperware.

Program Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 berlangsung di empat lokasi utama seluruh negara bakal menyaksikan kesemua pemenang berentap pada peringkat akhir yang akan berlangsung di Plaza Shah Alam, Selangor pada 17 Julai ini.

Penyertaan Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 ini terbuka kepada golongan suri rumah, peniaga kecil-kecilan dan individu yang mempunyai minat mendalam dalam bidang pembuatan kek dan biskut.

Dalam cabaran tersebut, para peserta perlu menampilkan resipi unik kek dan biskut menggunakan minyak jagung Daisy yang diperkaya dengan vitamin E dan Omega 6.

"Pertandingan ini juga bertujuan membimbing dan berkongsi dengan orang ramai mengenai teknik-teknik menggunakan minyak jagung dalam masakan.

"Penggunaan minyak jagung Daisy amat digalakkan memandangkan ia yang berasaskan 100 peratus minyak jagung asli dan bebas kolesterol," ujar duta minyak jagung Daisy, Chef Liza Zainol.

Tambahnya, kandungan poli-lembut dan cairan poli tidak tepu yang diekstrak daripada jagung menjadikan adunan biskut dan kek lebih gebu, ringan dan cair di mulut.

Chef Liza yang berpengalaman lebih sedekad dalam bidang masakan dan pembuatan kek juga memberitahu, kriteria pemarkahan para peserta diambil berdasarkan ketulenan resipi, inovatif dan kreativiti menghias kek serta biskut.


JANGAN lepaskan peluang menjadi pengunjung terawal untuk menebus minyak masak Daisy 500 ml dengan membawa keratan dua kepala akhbar Kosmo!.


Pada hari yang sama, Chef Liza turut menyajikan 400 potong kek prun walnut dan 400 biji biskut kacang Daisy untuk dirasai oleh para pengunjung.

Tebus minyak daisy

Pada acara itu, orang ramai juga dihiburkan dengan persembahan daripada artis popular tanah air seperti Ana Raffali, Altimet dan Adib selain persembahan pembukaan zapin dan joget daripada Kumpulan Sanggar Pengembangan, Yayasan Warisan Johor.

Dalam pada itu, pengunjung di pasar raya besar Giant, Tampoi juga berpeluang menebus minyak jagung Daisy 500 ml dengan membawa keratan dua kepala akhbar Kosmo!.

"Penebusan ini terhad kepada 200 pembaca Kosmo! yang terawal. Kaunter dibuka bermula dari pukul 10.30 pagi sehingga 11.30 pagi.

"Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 peringkat Zon Selatan turut disertai oleh beberapa peserta dari negeri lain yang tidak berpeluang menyertainya sebelum ini," kata Eksekutif Iklan Kosmo!, Mohd. Nizam Baharuddin.

Menurutnya, Zon Selatan merupakan destinasi terakhir bagi peringkat zon sebelum peringkat akhir di Plaza Shah Alam, Selangor pada 17 Julai ini.

Pertandingan peringkat Zon Timur diadakan di Giant, Kuala Terengganu pada 18 Jun lalu diikuti Zon Tengah di pusat beli-belah AEON AU2 Setiawangsa, 26 Jun dan Zon Timur di Star Parade, Alor Setar pada 2 Julai lalu. Daripada empat zon itu, lapan peserta akan dipilih ke peringkat akhir. Pada acara kali ini, Dj Julia dari KL.FM akan mengacarakan majlis.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved