Isnin, 18 Julai 2011

Kosmo Online - Stailo


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Kanvas wajah dengan Shu Uemura

Posted:

Kanvas wajah dengan Shu Uemura

Kanvas wajah dengan Shu Uemura



AMBER CHIA membuka tirai persembahan solekan Ethno Color Scope dalam pentas peragaan Koleksi Tokyo Lash Bar 2011 di Mid Valley, Kuala Lumpur daripada Shu Uemura dengan langkah catwalk penuh pesona.

Pentas peragaan hari itu itu mempertaruhkan kecantikan dekorasi solekan rumit menggunakan pelbagai corak bulu mata palsu yang unik dalam menyerlahkan kejelitaan dan keunikan wanita.

Amber tampil dengan solekan yang diberi nama Specks of Black yang dicipta jurusolek Lisa Yap.

Menggunakan bulu mata palsu Mini Fancy Bonbon dan contengan maskara Ultimate Expression di kiri dan kanan mata, ia mencipta tarikan kelembutan yang luar biasa.

Menurut Lisa, aplikasi penggaris mata M Brown turut menjadi elemen penting kerana ia tidak digunakan secara konvensional, sebaliknya ia digariskan di sempadan soket mata untuk mencipta efek kedalaman.

"Bulu mata palsu dipasang di atas garisan yang telah dibuat dalam kedudukan terbalik tetapi masih menghasilkan ekspresi naif yang merupakan refleksi lirikan kumpulan etnik yang saya temui," katanya.

Solekan Courting the Chinese Culture pula dihasilkan oleh jurusolek Jayce Liew. Dia terpesona dengan keindahan lDgenda sejarah purba China, justeru menampilkan elemen tersebut dalam solekannya.

Menggunakan warna utama merah dan hitam, ia menggambarkan kekuatan dan kuasa kumpulan teknik China. Untuk menghasilkannya, bulu mata Mini Fringe rona merah dipasang secara bertingkat di hujung mata yang terlebih dahulu dirias dengan pembayang mata Cream Eyeshadow Black.


BARISAN jurusolek profesional (barisan depan) yang menjayakan Koleksi Tokyo Lash Bar 2011 di Mid Valley, Kuala Lumpur daripada Shu Uemura.


Kontras warna diperhebatkan lagi dengan penggunakan lipstik merah terang Rouge Unlimited Supreme Shine RD165 untuk menghidupkan kuasa solekan hitam merah.

Sementara itu, jurusolek Peggie Ng mempertaruhkan solekan The Whimsical Bird yang menggunakan warna-warna terang sebagai simbolik burung dari syurga, sekali gus meletakkannya sebagai burung paling dramatik dan menarik di dunia.

Ia juga melambangkan kebudayaan Papua New Guinea yang menggunakan bulu-bulu burung sebagai sebahagian dekorasi kebudayaan mereka.

"Solekan ini menggunakan bulu mata Green Folklore dan penggaris mata cecair untuk menghidupkan solekan serta mewujudkan dimensi berbeza kepada mata.

"Justeru, penggaris mata digariskan di atas soket mata dan melebihi panjang bulu mata serta menghala ke atas," katanya.

Untuk solekan ini, pemerah pipi warna lembut iaitu Glow On P Soft Orange 540 digunakan untuk melengkapkan solekan.

Meticulous Creation merupakan taruhan jurusolek Chufan yang sering diasyikkan dengan kerja tangan kompleks dalam menghasilkan solekannya. Dia menggunakan penggaris mata rona putih Painting Liner M White, sebagai gambaran gaya solekan suku kaum purba.

"Bulu mata Vibrant Partial dan Illuminating Mosture Fluid Foundation menjadi elemen penting bagi menghasilkan solekan ini, manakala bedak asas pula disapukan di bahagian tertentu wajah bagi membentuk semula kontur wajah yang dimahukan," katanya.


SOLEKAN wajah yang eksotik.


Jurusolek Deric Lim pula mempertaruhkan solekan Exotic Ethnic Art yang turut menggunakan bulu mata Green Folklore. Terlebih dahulu, dia menggunakan UV Under Base Mousse yang mencipta permukaan wajah tanpa cela dan kompleksi natural.

"Penggaris mata cecair digunakan secara berbeza iaitu digariskan di bawah mata. Ia adalah elemen yang paling kuat untuk solekan ini.

"Bulu mata Green Folklore juga dipasang di bawah mata bagi mencipta kelainan," katanya.

Jurusolek Surya Zainol pula menggunakan bulu kening 3D dan bulu mata Ethnic Charm dalam solekan Laced with Aboriginal Style bagi menggambarkan gaya suku Afrika yang gemarkan warna-warna eksotik dan aksesori buatan tangan.

"Fesyen rambut Afrika yang kini menjadi salah satu fesyen ikutan, saya ekspresikan melalui solekan. Garisan mata yang tebal dan penataan pemerah pipi yang menonjolkan bentuk tulang pipi yang tajam merupakan elemen penting solekan ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sofistikated nuansa putih

Posted:

Sofistikated nuansa putih

Sofistikated nuansa putih


KUMPULAN model jejaka memperagakan koleksi fesyen D&G yang mengekalkan tradisi palet warna putih.


SEDAR atau tidak, selain merah jambu, kuning, biru ataupun hijau, rona putih antara palet warna yang sentiasa menghiasi koleksi fesyen bagi musim bunga/panas. Warna putih bukan saja melambangkan kesucian malah, mempamerkan sisi feminin, ceria, damai dan santai.

Mengambil kira faktor berkenaan kebanyakan kumpulan pereka antarabangsa mahupun tempatan cenderung menghasilkan koleksi busana berasaskan warna tersebut. Penampilan seseorang tampak lebih menyerlah dan sofistikated apabila pakaian warna putih digayakan bersama item fesyen warna kontra dan terang.

Secara tidak langsung, trend tersebut membuktikan bahawa warna putih bukan warna vintaj atau warna klasik yang tidak relevan dipraktikkan pada zaman moden. Sebaliknya, jenama fesyen di seluruh dunia sentiasa berusaha menghasilkan rekaan busana warna putih yang seiring dengan perkembangan fesyen semasa.

Lihat saja kreativiti dan inovatif rangkaian jenama Dolce & Gabbana (D&G) yang diterajui Domenico Dolce dan Stefano Gabbana. Mereka bukan saja bijak bermain fabrik dan menampilkan potongan seksi dalam ciptaan busana wanita malah, turut menitikberatkan cita rasa dan kepelbagaian fesyen jejaka.

Enggan membiarkan jejaka selesa berpakaian warna selamat seperti hitam atau kelabu, Dolce dan Gabbana, meneruskan misi mereka dengan menghasilkan koleksi fesyen nuansa putih potongan kemas dan maskulin.

Menurut pereka muda, Mohammad Zarrieff Nasir, 23, pakaian warna putih sama ada baju-T, blaus, dres mahu pun jaket wajar dimiliki oleh setiap individu tanpa mengira jantina dan usia. Ini disebabkan pakaian warna putih sesuai digayakan ke pejabat, bersantai, kasual atau pun menghadiri jamuan minum petang.

"Warna putih sentiasa trendy sepanjang zaman sama seperti warna hitam, kelabu dan coklat. Bagi mengelakkan penampilan kelihatan polos atau suram, individu perlu bijak mempraktikkan konsep suai dan padan.


PELAKON Bollywood Simone Singh memperagakan sari rona putih pada satu pertunjukan kempen kanser di Mumbai, India.


"Selain dipadankan bersama aksesori, kasut atau beg warna kontra, penampilan juga dapat diserikan dengan kombinasi seluar, skirt atau jaket warna ceria dan terang," jelas Zarrieff yang merupakan graduan Ijazah Rekaan Fesyen dari Universiti Middlesex, London.

Menyentuh mengenai sesetengah individu yang kurang selesa menyarungkan busana rona suci itu, Zarrieff memberitahu faktor utama adalah disebabkan warna tersebut tidak membantu ilusi potongan badan yang menawan.

"Golongan wanita khususnya kurang gemar memakai pakaian berwarna putih kerana bimbang kononnya bentuk badan tampak besar, baju mudah terkena kotoran atau kurang sesuai dengan acara yang dihadiri serta aplikasi konsep solekan.

"Persepsi sedemikian ternyata salah. Usah prejudis pada warna kerana setiap warna itu memainkan peranan penting dalam menyuntik penampilan seseorang. Jika enggan sosok kelihatan gempal, gayakan blaus atau baju-T warna putih bersama kardigan atau jaket mini rona gelap," tutur Zarrieff yang tidak ketinggalan menceritakan trend fesyen jejaka dan wanita di London.

Bicara pereka yang berasal dari Gombak, Selangor itu, kebanyakan anak-anak muda di sana gemar berfesyen dengan blaus atau baju-T nuansa putih. Namun menariknya, mereka akan memadankan bersama seluar atau skirt warna hitam, coklat dan biru laut. Ini termasuklah menyarungkan seluar denim, legging atau baju dan seluar selanjar (jumpsut).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mahkota rambut sihat Shireen

Posted:

Mahkota rambut sihat Shireen

Mahkota rambut sihat Shireen

Oleh ROSMALINA ABD. KADIR


SHIREEN bertanggungjawab mengeluarkan rangkaian produk penjagaan rambut jenama Shaire London yang membantu menyihat dan menyinarkan helaian rambut.


RAMAI wanita inginkan rambut yang ikal dan bersinar kerana ia adalah mahkota kepala bagi seorang wanita. Namun, bukan mudah untuk mendapatkan rambut yang sihat apatah lagi, jauh daripada kelumumur dan keguguran jika tidak kena dengan caranya.

Memegang prinsip untuk menjaga rambut seperti menjaga diri sendiri menjadikan Shireen Salleh, 35, sentiasa teliti dengan penampilan rambutnya.

Pengasas produk Shaire London dan Ketua Pegawai Eksekutif Aikayya Global Sdn. Bhd. itu mahu sentiasa memastikan rambutnya bukan sahaja sihat dan kelihatan menawan, malah sentiasa segar dan berbau wangi.

Justeru, selepas hampir dua tahun penyelidikan dan pembangunan di London, akhirnya jenama penjagaan rambut Shaire London berjaya dipasarkan baru-baru ini. Ia adalah hasil obsesi ibu kepada tiga anak ini.

"Saya menetap selama empat tahun di London kerana mengikut suami yang bekerja di sana dan dari situlah timbulnya idea untuk menghasilkan produk penjagaan rambut yang menggunakan bahan-bahan semula jadi dan halal.

"Langkah saya dipermudahkan selepas bertemu dengan Pengerusi Taharah Global (M) Sdn. Bhd., Zakiah Abu Kasim yang kebetulan menganjurkan kursus jangka pendek mengenai rumpai laut di London," katanya menceritakan detik permulaannya sebagai usahawan.

Menurut Shireen, setelah melakukan beberapa perjumpaan dan perbincangan, idea menghasilkan set penjagaan rambut akhirnya menjadi satu kenyataan yang kini dinamakan sebagai Shaire London, bersempena tempat asal idea tersebut diketengahkan.

"Rumpai laut adalah antara kandungan paling penting dalam pembuatan produk penjagaan rambut Shaire London yang terdiri daripada syampu dan pewangi rambut yang sudah dipasarkan kini di stokis-stokis Taharah.

"Saya menggunakan kepakaran penyelidik Taharah Global Sdn. Bhd. untuk menjalankan kajian dan pembangunan bahan-bahan untuk menghasilkan produk-produk Shaire London.

Dalam pada itu, Shireen memberitahu, keyakinannya memasarkan produk Shaire London begitu tinggi selepas mendapat maklum balas positif daripada testimoninya yang datang daripada pelbagai lapisan umur.

"Syampu Shaire London menjadi pilihan ramai kerana ia tidak memerlukan perapi rambut sebaliknya kandungannya sudah lengkap untuk memelihara rambut yang sihat, manakala pewangi rambut Shaire London pula turut bertindak sebagai penyegar dan tonik yang memelihara kesihatan rambut dan kulit kepala," katanya.

Sibuk bukan alasan

Selepas melahirkan anak pertama, Shireen mengalami keguguran rambut yang teruk dan bertompok. Pengalaman menakutkan itulah yang menjadikan Shireen begitu obses dengan penjagaan rambutnya.

"Doktor yang saya temui di London ketika itu memberitahu sekiranya saya terlewat mendapatkan rawatan saya mungkin mengambil masa yang panjang untuk pulih seperti sedia kala.

"Peristiwa itu menyebabkan saya amat berhati-hati dalam penjagaan rambut dan memastikan saya mengambil makanan dan vitamin yang sesuai untuk rambut, selain regim penjagaan harian dan mingguan yang saya amalkan," katanya.

Menurut Shireen, dia tidak membasuh rambutnya setiap hari kerana tidak mahu kelembapan semula jadi rambut hilang sehingga menyebabkan kekeringan, sebaliknya membersihkan rambut tiga hari sekali.

"Untuk mengatasi masalah berminyak atau berbau akibat pencemaran, semburan pewangi dan penyegar Shaire London menyebabkan saya tampil segar sepanjang masa, tanpa ada rasa bimbang.

Shireen juga memberitahu, untuk memiliki rambut yang sihat, seseorang perlu tidur yang cukup dan pengambilan vitamin untuk kesihatan rambut seperti vitamin B5 dan memastikan penggunaan pengering rambut dihadkan seminggu sekali sahaja.

Sementara itu, mereka yang berminat untuk menjadi stokis Shaire London boleh menghubungi Shireen di talian 012-645 8557 atau 03-6157 3416 atau e-mel kepada shireen@shairelondon.com dan layari laman web www.shairelondon.com.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved