Isnin, 18 Julai 2011

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Standard Gula Gula

Posted:

Standard Gula Gula

Standard Gula Gula


KUMPULAN GULA GULA menafikan mereka cuba meniru trend pasaran muzik Korea menerusi genre K Pop, sebaliknya memberitahu mereka membawa aliran muzik yang tersendiri.


MENCIPTA nama melalui kontroversi dan gosip murahan bukan dampak yang dinantikan gadis-gadis yang menganggotai kumpulan yang diberi nama Gula Gula.

Kumpulan yang dianggotai oleh enam orang ahli berusia antara 21 hingga 23 tahun itu sebaliknya mendambakan gelombang positif sebagai isyarat menyambut baik kehadiran mereka.

Mereka, Nurfarahin Mohamad Khosaini (Rara), 22, Erwina Lenny Niusan (Erwina), 23, Joyce Antonius (Joy), 21, Jenny Lim Mei Mei (Mei Mei), 21, Rozalia Siteo (Achie), 21, dan Nooraishah Ibrahim (ChaCha), 22 mahu menolak tohmahan yang dilemparkan berserta tamparan hebat pelbagai cacian bahawa mereka tidak punyai identiti sendiri.

"Kontroversi yang telah membuka mata orang ramai untuk mengenali kami walau dari sudut yang negatif, tapi kami anggap itu semua cabaran buat kami menapak dalam industri seni ini," ujar salah seorang anggota kumpulan itu yang mesra dipanggil Rara.

Begitu pun, mereka sentiasa perlu peka dan bersedia dengan jawapan kepada tanda tanya bahawa mereka menciplak atau cuba meniru konsep kumpulan remaja dari negara Korea atau K-Pop terutama Wonder Girls.

"K-Pop sekadar satu istilah dan bukannya satu trend, jadi tiada sebarang perkaitan antara konsep album, lagu dan imej kami," getus gadis berusia 22 tahun itu lagi.

Tambahnya, fenomena K-Pop yang membadai industri seni dan fesyen tempatan ini saling tak tumpah sepertimana muzik Hip Hop suatu ketika dulu.

"Lama kelamaan K-Pop akan menjadi satu istilah biasa dan semua yang dikaitkan dengannya akan menjadi neutral, jadi ingin kami tegaskan sekali lagi Gula Gula bukan meniru budaya K-Pop," jelasnya penuh hormat.

Uji bakat


GULA GULA turut menafikan meniru fesyen dari Korea.


Enam bulan merupakan usia yang masih mentah untuk bergelar penghibur, masih jauh langkah yang perlu disusun dan diatur dengan penuh teliti untuk bergelar profesional.

Namun, kumpulan yang tertubuh hasil daripada uji bakat syarikat rakaman baharu Eight Tones Communication itu miliki keupayaan tersendiri.

Menurut komposer syarikat rakaman itu, Hadi Hassan, setiap ahli kumpulan Gula Gula mempunyai kualiti suara masing-masing.

"Maka, tidak susah untuk mengendalikan vokal kumpulan ini supaya sentiasa harmoni," bicara adik kepada penyanyi terkenal Salamiah Hassan itu.

Pemilihan setiap anggota kumpulan Gula Gula juga bukan semberono. Terdapat sesi uji bakat dijalankan terlebih dahulu sebelum menubuhkan kumpulan itu.

"Pemilihan dibuat pada hujung tahun 2010 dan aspek yang diambil kira adalah daripada segi kualiti ton suara, inisiatif dan perilaku sebagai sebuah kumpulan yang sentiasa perlukan kerjasama sesama ahli.

"Seramai lapan orang terpilih untuk menganggotai kumpulan Gula Gula tapi hanya enam orang antara mereka yang akan membuat persembahan dan selebihnya akan bersedia jika ada kemungkinan di luar jangka," ceritanya yang menatang setiap ahli Gula Gula bagai minyak yang penuh.

Buktinya, kumpulan itu lebih selesa mengadakan persembahan berpandukan kebolehan vokal masing-masing sama ada secara acapella ataupun akustik sambil memainkan instrumen muzik mengikut kehandalan tersendiri.

Tutur Mei Mei yang berkemampuan memetik gitar dengan cemerlang, kelainan yang ditampilkan Gula Gula bukan saja mampu menyanyi dan menari malah jua bermain alat muzik.

"Itu sebenarnya bukti kuasa wanita, serba boleh dan tahan segala tohmahan dan dakwaan yang tidak jelas," bicara anak kelahiran Sabah itu.

Imej, Koreografi dan Konsep


TAHU masih mentah, Gula Gula berharap kehadiran mereka diterima peminat.


Bercerita mengenai imej Gula Gula yang dikatakan banyak meniru fesyen dari negara ginseng, Korea, dengan tenang mereka menolak anggapan itu.

"Inspirasi Gula Gula asalnya didorong oleh perkembangan semasa dunia fesyen terutama stail jalanan (Street Style) dan kenyataan bahawa kami meniru gaya kumpulan penyanyi dari negara Korea tidak tepat.

"Kami mengikuti perkembangan semasa termasuk muzik dan fesyen, jadi apa yang dipakai kami mengikut trend terkini dan diserasikan dengan budaya masyarakat timur kita," ulas salah seorang anggota Gula Gula, Achie yang juga berasal dari Sabah.

Enam kepala pasti susah dijaga, apatah lagi untuk berkumpul serentak dan berlatih. Namun, hanya kata muafakat dan antusias untuk mara dalam dunia seni menjadi penyatu mereka.

"Walau masing-masing sibuk dengan belajar dan kerjaya, kami cuba mencuri masa yang terluang termasuk pada waktu malam dan hujung minggu untuk berlatih menari dan vokal," ujar Erwina yang memiliki vokal paling lantang.

Daripada segi koreografi pula, biasanya sesebuah lagu akan dipecahkan kepada beberapa segmen untuk dikoreograf oleh ahli kumpulan yang majoritinya berasal dari Sabah itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gafim dapat hak anjur FFM 24

Posted:

Gafim dapat hak anjur FFM 24

Gafim dapat hak anjur FFM 24

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


TENAGA kerja Gafim untuk FFM 24 bergambar bersama sebahagian para penaja bagi merealisasikan festival tahunan tersebut.


FESTIVAL Filem Malaysia (FFM) merupakan acara anugerah yang cukup berprestij bagi memartabatkan dan memberi pengiktirafan kepada seluruh warga karyawan filem di negara ini.

Bagaimanapun, pada kali ini acara anugerah tersebut bakal menyaksikan sedikit perubahan memandangkan ia tidak lagi dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Jika pada tahun-tahun sebelumnya Finas diberi tanggungjawab melaksanakannya, kini Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) telah memberi mandat kepada Gabungan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) untuk menganjurkan FFM 24.

Pengerusi Publisti dan Promosi FFM 24, Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London berkata, sekarang sudah tiba masanya hak penganjuran acara berkenaan diberikan kepada pihak persatuan.

"Apa yang menariknya, hanya Malaysia satu-satunya negara yang menganjurkan festival filem oleh pihak kerajaan menerusi Finas, sedangkan pengajuran festival sebegini di luar negara dilaksanakan oleh pihak luar.

"Biarpun tanggungjawab ini telah diberikan kepada Gafim, namun Finas masih turut memainkan peranan penting terutamanya peruntukan dana sebanyak RM1 juta dan khidmat nasihat," ujarnya yang juga merupakan Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM).

Menurut Mat London, menjelang acara kemuncak yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 19 November ini, beberapa program telah diaturkan sebagai langkah untuk mempromosikan lagi anugerah tersebut.

Ujarnya, antara program yang dianjurkan dalam tempoh empat bulan ini seperti majlis prapelancaran FFM 24, majlis berbuka puasa, siri jelajah ke beberapa buah negeri dan majlis makan malam publisiti dan promosi.

"Untuk majlis prapelancaran nanti, ia akan dilangsungkan di Kompleks Kraf Malaysia, Kuala Lumpur pada 25 Julai ini dan kami akan mengundang seluruh karyawan filem di negara ini untuk hadir," jelasnya.

Ditanya mengenai peruntukkan sebanyak RM1 juta yang diberikan kepada mereka untuk menganjurkan FFM 24, Ahmad mengakui jumlah tersebut sebenarnya tidak cukup untuk menganjurkan sebuah acara yang besar.

Jelasnya lagi, ketika ini Gafim sekadar mempunyai RM650,000 sahaja untuk perbelanjaan pengurusan memandangkan RM350,000 telah diperuntukkan untuk trofi dan hadiah wang kemenangan kepada setiap pemenang.

Filem bukan Melayu

Mat London turut memberitahui, sekurang-kurangnya sebanyak RM2.5 juta diperlukan termasuk kos promosi dan ketika ini mereka masih lagi berusaha keras untuk mencari penaja agar FFM 24 nanti akan dapat berlangsung dengan lancar.

Jika sebelum ini penganjuran FFM dilihat lebih mengangkat filem-filem Melayu, namun pada kali ini Gafim turut mengharapkan agar lebih banyak penyertaan diterima daripada filem-filem bukan Melayu.

Ujar Ahmad, penyertaan filem bukan Melayu perlu ada bagi menyemarakkan lagi sambutan FFM 24 dalam mempelbagaikan karya filem keluaran tempatan termasuklah filem bahasa Cina dan Tamil agar bersesuaian dengan tema pada kali ini iaitu Gemilang Filem Malaysia.

"Kami telah sepakat untuk mewujudkan kategori Filem Bukan Melayu yang pernah digugurkan sebelum ini memandangkan pihak kami yakin akan menerima lebih banyak penyertaan untuk kategori tersebut.

"Pada acara sebelum ini kategori berkenaan terpaksa digugurkan memandangkan hanya dua filem bukan Melayu yang menghantar penyertaan, namun kali ini kami jangka akan ada enam buah filem yang turut serta," ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Media dan Acara FFM 24, Wani Wendy Wong dalam satu sidang akhbar baru-baru ini berkata, pihaknya meminta semua penerbit filem dapat mempercepatkan penghantaran karya masing-masing.

Jelasnya, semua filem yang dihasilkan dan ditayangkan dalam tempoh 24 Oktober 2010 sehingga 1 Oktober 2011 layak untuk dipertandingkan dan dianggarkan ada 29 buah filem yang layak.

"Tarikh tutup penghantaran pencalonan pula adalah pada 15 Ogos 2011 dan mana-mana penerbit yang gagal berbuat demikian selepas tarikh tersebut menyebabkan filem mereka tidak layak untuk dipertandingkan," tegasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Severus Snape paling digemari

Posted:

Severus Snape paling digemari

Severus Snape paling digemari


ALAN RICKMAN


DARI sekian banyak karakter yang ada dalam novel mahupun filem Harry Potter, setiap peminat pasti mempunyai satu karakter kegemaran mereka. Namun, siapa sangka kalau sosok antagonis yang dimainkan oleh Alan Rickman iaitu Severus Snape menjadi sosok paling digemari oleh pengikut setia filem yang kini sudah tamat menerusi saga terakhirnya, Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2.

Watak guru 'pembunuh' Severus Snape itu dipilih sebagai paling digemari menerusi satu undian yang dibuat oleh majalah Empire.

Lebih menarik, menerusi undian yang sama, watak Harry Potter yang dimainkan oleh Daniel Radcliffe sendiri hanya mampu berada di posisi ketiga, duduk di bawah watak temannya, Ron yang dimainkan oleh Rupert Grint.

Menurut editor majalah itu, karakter Snape menjadi kegemaran kerana kesukaran dan ia agak kompleks atau berat untuk dimainkan.

"Snape adalah karakter yang benar-benar hebat, berlapis-lapis, rumit dan sangat mengejutkan di sebalik sosok khasnya dengan rambut panjang hitamnya. Dia tampil sangat bagus dalam filem itu kerana cara Alan Rickman yang memasukkan sifat yang mengancam dan patut dibenci. Sementara Harry, Ron, dan Hermione terasa lebih hero. Snape benar-benar karakter JK Rowling yang paling penting dan kompleks," ujar jurucakap majalah tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved