Sabtu, 18 Jun 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Usahawan beras maut ditembak

Posted:

Usahawan beras maut ditembak

Usahawan beras maut ditembak

18/06/2011 5:15pm

BUTTERWORTH – Seorang usahawan beras terkenal di sini maut selepas ditembak ketika sedang membuka pagar rumahnya di Taman Puyu di sini kira-kira pukul 1 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Zulkifli Alias berkata kejadian itu berlaku ketika usahawan itu, Ooi Chong Tian,58, yang baru pulang selepas minum bersama beberapa rakannya, sedang membuka pagar rumah untuk memasukkan keretanya.

Katanya difahamkan sebuah kereta dipercayai jenis Proton Wira warna hitam dipandu seorang lelaki bersama seorang penumpang mengekori Ooi sebelum melepaskan dua das tembakan ke arah mangsa.

"Satu daripada tembakan mengenai kepala dan satu lagi mengenai leher dan kereta berkenaan memecut laju sebaik melihat mangsa rebah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata anak mangsa yang mendengar bunyi tembakan keluar untuk melihat dan mendapati bapanya dalam keadaan parah lalu menghantarnya ke Hospital Seberang Jaya (HSJ).

"Bagaimanapun mangsa mati ketika sedang menerima rawatan di HSJ," katanya.

Zulkifli berkata pihaknya sedang menyiasat motif dan identiti suspek yang terlibat dalam kejadian berkenaan dan menurutnya kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan agar menghubungi mana-mana balai polis bagi membantu siasatan. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Graduan OUM perlu sentiasa tuntut ilmu

Posted:

Graduan OUM perlu sentiasa tuntut ilmu

Graduan OUM perlu sentiasa tuntut ilmu

18/06/2011 5:14pm

KUALA LUMPUR – Graduan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) dinasihatkan supaya terus dahagakan ilmu dan sentiasa menuntut ilmu walaupun selepas berjaya mengenggam segulung skrol masing-masing.

Canselor OUM, Tun Jeanne Abdullah, berkata semua graduan perlu sentiasa mengingati bahawa proses pembelajaran tidak terhenti selepas menerima ijazah malah proses itu perlu diteruskan demi membentuk seorang insan yang lebih baik.

"Menerusi ilmu dan kemahiran, pelajar juga boleh mencapai kehidupan yang lebih baik," katanya pada majlis Konvokesyen OUM ke-10 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Katanya OUM sentiasa menyokong proses pembelajaran sepanjang hayat kerana ia boleh meningkatkan tahap profesionalisme di samping membuka banyak peluang pekerjaan yang menawarkan ganjaran yang lebih baik.

Sejumlah 4,367 graduan akan menerima skrol masing-masing pada konvokesyen tiga hari itu.

Sesi pertama konvokesyen hari ini menyaksikan 850 graduan menerima ijazah masing-masing iaitu Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Teknologi Maklumat, Sarjana dalam Pengurusan Projek, Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan kepujian dalam kejuruteraan perisian dan Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti dengan kepujian. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dadah: Pegawai kanan polis ditahan

Posted:

Dadah: Pegawai kanan polis ditahan

Dadah: Pegawai kanan polis ditahan

18/06/2011 4:05pm

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai kanan polis dan lima anggota berpangkat rendah yang bertugas di bahagian narkotik di sekitar Kuala Lumpur ditahan kerana disyaki terlibat dengan pengedaran dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, kesemua mereka yang berumur dalam lingkungan 30-an itu ditahan dua minggu lepas.

"Sekarang ini mereka ditahan dan berada di bawah siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1952," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, sehingga kini tidak ada sebarang rampasan dadah dibuat.

Noor Rashid berkata penangkapan mereka juga membuktikan polis tidak melindungi anggota mereka yang didapati terlibat dengan jenayah.

"Pegangan saya adalah undang-undang ini sama sahaja tidak kira anggota polis tak mengira siapa sahaja, siapa yang langgar undang-undang kita akan ambil tindakan tegas," katanya.

Beliau turut menasihatkan semua ketua polis peringkat negeri negeri dan daerah agar memantau pegawai dan anggota di bawah jagaan mereka bagi memastikan kejadian berulang.

"Ia perlu dibuat supaya tindakan dari awal boleh dibuat sekiranya mereka ini terlibat dengan sebarang kes jenayah," katanya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved