Rabu, 25 Mei 2011

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Minyak wangi daripada cikgu

Posted:

Minyak wangi daripada cikgu

Minyak wangi daripada cikgu


RANGKAIAN minyak wangi Teacher's Perfume yang semakin mendapat sambutan menggalakkan.


SECALIT sudah cukup untuk kekal harum sepanjang hari. Itulah keistimewaan haruman Teacher's Perfume yang berjaya mencuri tumpuan ramai walaupun baru lima bulan berada di pasaran.

Mengambil inspirasi daripada produk haruman terkemuka dunia seperti Dunhill, Hugo Boss, Lancome dan Calvin Klein, minyak wangi itu diterima ramai kerana harumannya yang pelbagai pilihan dan mampu bertahan lebih lama.

Lebih istimewa, produk keluaran syarikat Minda Sarjana Enterprise, Nibong Tebal, Pulau Pinang itu diasaskan oleh seorang guru, Jamaludin Hashim yang memilih untuk mengabadikan kerjaya guru sebagai tanda perniagaannya.

Menurutnya, perkataan teacher atau guru itu sendiri membawa maksud seseorang yang berilmu dan mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat.

"Saya bermula menjual minyak wangi secara kecil-kecilan dan suka-suka sekitar lima tahun lalu. Apabila permintaan meningkat terutamanya dalam kalangan rakan-rakan pendidik, timbul idea untuk memasarkan minyak wangi secara komersial.

Bunga-bungaan

Pengurus syarikat itu berkata, minyak wangi Teacher's Perfume dihasilkan melalui ramuan campuran bunga-bungaan dari luar negara termasuk Iran, Turki, England, Korea, Arab Saudi dan Eropah.

Keluaran syarikat bumiputera itu juga menepati keperluan pengguna Islam kerana bebas alkohol dan boleh dipakai semasa bersolat.

Teacher's Perfume boleh didapati dengan harga RM40 sekotak (RM45 bagi Sabah dan Sarawak) dan didatangkan dalam empat botol berbentuk roll-on (calitan).

Bermula dengan hanya dua set minyak wangi iaitu kotak berwarna hijau dan biru untuk lelaki, serta kotak berwarna merah jambu dan jingga bagi wanita, kini dua lagi set Teacher's Perfume diperkenalkan.

Dua set tersebut ialah kotak berwarna coklat bagi lelaki dan kotak oren untuk wanita yang antaranya diinspirasikan daripada haruman Jennifer Lopez, Giorgio Armani dan Tuxedo.

Menurut Jamaludin, kini pihaknya sudah mampu menghasilkan 2,000 kotak Teacher's Perfume sehari dengan pasaran tertumpu di Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan beberapa kawasan di Selangor dan Kelantan.

Bagi memantapkan operasi, syarikatnya menggunakan konsep stokis, pengedar dan ejen bagi memasarkan produk itu ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Jamaludin berkata, beliau menjangkakan keluaran produk Teacher's Perfume dapat ditingkatkan sehingga 10,000 botol sehari dan para pengedar akan mendapat keuntungan sebanyak 40 peratus daripada harga pasaran.

"Dalam hal ini, kami tidak bimbang mengenai persaingan kerana produk wangian kami mempunyai kekuatan tersendiri malah rata-rata pelanggan kami berpuas hati selepas menggunakan produk ini," katanya.

Orang ramai yang ingin maklumat lanjut mengenai Teacher's Perfume boleh melayari laman web minyakwangicikgu.blogspot.com atau menghubungi talian 012-540 7782. – ZAKI SALLEH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Misi peribadi Khairy memburu 'sayap'

Posted:

Misi peribadi Khairy memburu 'sayap'

Misi peribadi Khairy memburu 'sayap'

Oleh RAIS YEOP JOHARI


KHAIRY dan 20 pelatih gembira kerana bangga melunaskan cabaran untuk bergelar Ahli Paracut Statik Tahap 1.


BAGAIKAN seorang broker saham yang sentiasa meramal tetapi tidak tahu apa akan terjadi waktu seterusnya, 'satria' ini nekad membuat perhitungan peribadi memperjudikan nasib sendiri dek kerana minat dalam bidang ketenteraan.

Walaupun berminat dalam bidang lasak itu, sepanjang hayat beliau tidak pernah melakukan penerjunan paracut. Penerjunan sulung pada aras ketinggian 304.8 meter (1,000 kaki) di udara benar-benar menguji mental dan fizikal Prebet Khairy Jamaluddin.

Akuinya, hati berdebar-debar ketika berada di pintu pesawat saat bersiap sedia untuk terjun.

Apatah lagi apabila diberi penghormatan menjadi penerjun pertama.

"Semasa berada di pintu pesawat untuk siap sedia terjun, bila lampu merah menyala kita memang dah sedia dan bila bertukar hijau, jurulatih kata go...terus hayun kaki dan terjun. Ketika lompat memang saya berdebar dan jadi blank hingga terlupa nak baca doa. Kononnya nak baca doa sebelum terjun, tetapi tak sempat hanya dapat baca Bismillah.

"Selepas keluar dari pesawat, rasa seperti disedut macam vakum sebab kapal terbang bergerak, angin di belakang bagai menyedut dan ia satu pengalaman memang tidak boleh dilupakan," cerita Khairy ketika ditemui Kosmo! di pejabatnya di Plaza Damansara, Bukit Damansara baru-baru ini.

Ujarnya, selepas keluar dari pesawat pemandangannya bertukar jadi senget sebelum kembali normal dan pada ketika itu beliau mempunyai tiga saat untuk memeriksa paracut.

Perasaan berdebar sedikit demi sedikit beransur lega sebaik terasa disentap, ini kerana paracut berkenaan telah kembang dan terapung di udara dalam masa 10 saat sebelum kaki mendarat ke bumi.

Ahli Paracut Statik Tahap 1

Khairy yang merupakan Ahli Parlimen Rembau dan juga Ketua Pemuda UMNO menyertai pasukan Askar Wataniah pada Mei tahun lalu melakar satu lagi sejarah buat dirinya selepas tamat kursus di Zon Gugur Padang Sanai di Kedah 17 Februari.

Kejayaan beliau membuat terjunan membolehkan beliau menerima sayap penerjunan Kursus Ahli Paracut Statik Tahap 1. Kursus itu berlangsung selama lima minggu bermula 13 Januari lalu.

Majlis yang dirasmikan oleh Panglima Medan Tentera Darat, Panglima Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi itu, melibatkan 80 pelatih kursus Ahli Paracut Statik Tahap 1 dan 21 pelatih Kursus Ketua Penerjunan Tahap 2.

Pada majlis itu beliau bersama 20 pelatih kursus itu turut melakukan penerjunan terakhir menggunakan pesawat CN-235.

Pengalaman yang tidak dijangka oleh dirinya itu melayakkan Khairy menerima anugerah tersebut setelah sebelum itu berjaya melaksanakan latihan asas penerjunan di Kem Sungai Udang, Melaka.

"Secara jujur semasa mula-mula mahu mengambil sayap ini memang ada terfikir sama ada saya lulus, cedera atau tarik diri. Perasaan ketika itu 50-50, terfikir juga betul ke boleh lakukannya.


KHAIRY (kiri) melihat gelagat anaknya, Jibreil Ali (kanan) memberi tabik hormat.


"Bila dapat pakai sayap airbone ini memang puas hati sebab saya melalui semuanya. Tidak ada apa-apa latihan yang saya tak buat. Mungkin ada orang ingat saya buat sikit-sikit. Saya tidak pernah ponteng apatah lagi tinggal Kem Sungai Udang," jelas beliau.

Mengimbas latihan itu, beliau mengakui penerjunan kedua adalah paling menakutkan berbanding yang pertama kerana kita sudah tahu situasi ketika terjun dari pesawat.

"Sebenarnya setiap kali terjun memang ada rasa berdebar. Bila saya tanya komando yang dah terjun beribu kali pun mengakui perasaan itu memang ada. Kalau sesiapa yang tidak ada perasaan sedemikian mungkin dirinya ada yang tidak kena.

"Malah slogan tidak rasmi semua Anggota 10 Para (airbone), Every jump is a first jump,"' katanya.

Kata Khairy, beliau menjalani kursus tersebut untuk membuktikan semangatnya yang cintakan negara, selain memenuhi hasratnya untuk menyertai aktiviti itu sejak dulu lagi.

"Selepas menamatkan kursus Askar Wataniah tahun lepas saya diminta untuk menjalani kursus pegawai tetapi, bila saya tengok kursus penerjunan ini saya terus memohonnya kerana ia menjadi minat saya dari dulu.

"Saya berterima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia kerana membenarkan saya menyertai kursus ini. Dapat menyertai latihan bersama anggota tetap daripada peringkat prebet hingga mejar sesuatu pengalaman berbeza kerana memberi peluang kepada dirinya menghayati disiplin, ketabahan dan kecergasan seorang anggota tentera," luah beliau.

Hadir sama memberi sokongan moral pada majlis tamat kursus itu ialah bekas Perdana Menteri yang juga bapa mertuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Tun Jeanne Abdullah; ibu Khairy, Datuk Rahmah Abdul Hamid dan isteri Khairy, Nori Abdullah. Tidak ketinggalan dua anaknya, Jibrail Ali Jamaluddin, 3, dan Timor Abdullah, 2.

Menurut Khairy, penglibatannya dalam wataniah itu merupakan usaha peribadinya berkhidmat untuk negara biarpun ketika ini sebagai wakil rakyat beliau telah berkhidmat untuk negara.

Minat dalam tentera


KHAIRY berbangga kerana berpeluang menyertai pasukan Askar Wataniah.


"Saya memang minat dalam bidang ketenteraan ini agak lama tetapi sebelum ini tak ada masa untuk mengikuti wataniah. Walaupun sekarang bertambah sibuk dengan tugas wakil rakyat saya bertekad beriltizam untuk cari masa," katanya.

Jelasnya, usaha peribadi itu disifatkan tidak ada kena mengena dengan status beliau sebagai Ahli Parlimen atau pun Ketua Pemuda UMNO.

Ketika ditanya mengapa beliau mahu terlibat dalam pasukan tentera simpanan, beliau menjawab: "Saya nampak bidang tentera ini lebih sesuai kepada minat saya. Saya lebih minat bahagian tentera darat - infantri dan juga teori-teori pertahanan strategik.

"Kalau mereka minat kepada ketenteraman awam, banteras jenayah dan sebagainya mungkin boleh sertai sukarelawan polis dan kepada yang minat pertolongan cemas pula boleh sertai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)."

Beliau berpendapat latihan ketenteraan dalam wataniah amat berfaedah bagi generasi muda kerana negara ini tidak ada latihan ketenteraan khidmat negara seperti Singapura dan juga negara lain yang wajib disertai.

Lebih manis pada Majlis Perbarisan Penutup Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela Siri 1/2010 di Kem Rasah di Seremban, Negeri Sembilan pada 25 Mei tahun lalu Khairy diumumkan sebagai Peserta Kursus Terbaik Keseluruhan dan Terbaik Akademik.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, negara memerlukan kira-kira 43,000 lagi askar simpanan dalam tempoh lima tahun akan datang sebagai tambahan kepada 57,000 anggota perkhidmatan itu yang sedia ada bagi memantapkan barisan pertahanan kedua negara.

"Jumlah itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan nisbah seorang anggota simpanan bagi setiap anggota tetap dalam perkhidmatan ATM," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved