Rabu, 25 Mei 2011

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Saingan Rentap Futsal bermula

Posted:

Saingan Rentap Futsal bermula

Saingan Rentap Futsal bermula

Oleh SHANIKA ABDULLATIB dan JAGATHESWARY NARAYANAN


PARA petugas AmBank sibuk menjalankan tugas menjelang saingan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! yang akan membuka tirainya di Kompleks Futsal 1Malaysia Presint 18, Putrajaya hari ini.


RENTAP Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011 akan membuka tirainya di Kompleks Futsal 1Malaysia Presint 18, Putrajaya hari ini.

Detik-detik akhir itu juga menyaksikan pelbagai persiapan melibatkan pihak penaja dan peniaga yang mengambil bahagian rancak dijalankan.

Rata-rata persiapan dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak penganjur demi mengelakkan sebarang masalah yang akan timbul.

Bagi keselesaan para peserta dan pengunjung sepanjang empat hari pertandingan, hampir 100 khemah disediakan di sekeliling gelanggang untuk mereka berteduh dan berehat semasa pertandingan dijalankan.

Turut disediakan khemah untuk orang kenamaan.

Di samping itu, 10 gelanggang yang akan digunakan sepanjang Rentap Futsal Putrajaya kali ini berada dalam keadaan terbaik bagi melicinkan sesi latihan serta pertandingan yang bakal berlangsung hari ini.

Gelanggang utama iaitu Gelanggang Mokhtar Dahari akan digunakan bagi perlawanan separuh akhir dan final pada Ahad 29 Mei.

Pihak penganjur juga telah menyediakan tempat letak kereta yang mampu memuatkan hampir 500 kereta di kawasan khas yang terletak tidak jauh dari kompleks futsal tersebut.

Belajar daripada pengalaman penganjuran tahun lalu, kali ini pihak penganjur menyediakan kemudahan tandas dan bilik persalinan yang lebih baik, mencukupi dan selesa kepada peserta dan pengunjung yang berkampung di kompleks itu.

Bukan itu saja, pihak penganjur turut menggunakan khidmat anggota Rela bagi melancarkan perjalanan program dan menjaga keselamatan peserta dan pengunjung.

Dalam pada itu, AmBank selaku penaja utama menjadi antara kumpulan terawal melakukan persiapan di khemah khas penaja di samping TM, Naza, Arctic Ice dan KLfm.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ATM tanpa wayar AmBank di Kompleks Futsal Putrajaya

Posted:

ATM tanpa wayar AmBank di Kompleks Futsal Putrajaya

ATM tanpa wayar AmBank di Kompleks Futsal Putrajaya


RENTAP Futsal Putrajaya 2 Kosmo! yang membuka tirainya hari ini kembali lebih meriah dengan jumlah penyertaan yang semakin meningkat.


AMBANK (M) Bhd. (AmBank) menyediakan kemudahan mesin teller automatik (ATM) tanpa wayar di Kompleks Futsal 1Malaysia, Presint 18, Putrajaya bermula hari ini sehingga Ahad ini.

Kemudahan itu merupakan mesin ATM tanpa wayar pertama dipasang di luar lokasi perbankan AmBank semata-mata untuk kemudahan para peserta dan pengunjung di kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011.

Ketua Perhubungan Awam Kumpulan AmBank, Syed Anuar Syed Ali (gambar kecil) berkata, pihaknya berbesar hati menyediakan ATM tanpa wayar untuk memudahkan para pelanggan sedia ada dan pelanggan baharu melakukan transaksi perbankan.

"Melalui mesin ini, mereka boleh dapat melakukan transaksi pengeluaran wang untuk keperluan membeli pelbagai keperluan mereka sepanjang kejohanan tersebut, malah mereka juga boleh membayar bil melalui mesin tersebut," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Beliau menjelaskan, pelanggan AmBank juga akan dapat menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan oleh ATM tersebut kerana ia turut menyokong perkhidmatan Malaysian Electronic Payment System (MEPS).

Antara perkhidmatan yang disediakan ialah pengeluaran wang tunai, pemindahan dana antara bank, pembayaran pinjaman antara bank dan juga pembayaran bil antara bank.

Sehingga kini, AmBank memiliki 824 ATM di seluruh negara.

AmBank ialah rakan strategik kejohanan Rentap Futsal 2 Kosmo!.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysia naib juara Kumpulan B

Posted:

Malaysia naib juara Kumpulan B

Malaysia naib juara Kumpulan B

IMPIAN Malaysia untuk menjadi juara Kumpulan B pada Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2011 tidak kesampaian selepas tewas 2-3 kepada Indonesia semalam.

Ekoran daripada kekalahan aksi terakhir peringkat kumpulan itu, skuad negara sekadar menamatkan saingan di tempat kedua pada kejohanan yang berlangsung di Qingdau, China.

Segala-galanya tampak positif buat Malaysia apabila beregu lelaki utama negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong menghadiahkan mata pertama hasil kemenangan ke atas Alvent Yulianto Chandra/Mohammad Ahsan 21-15, 21-17.

Bagaimanapun, kecemerlangan itu gagal diteruskan selepas pemain perseorangan wanita, Lydia Chea tewas kepada Adriyanti Firdasari 21-8, 21-12, sekali gus mengikat keputusan 1-1.

Jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei kembali meletakkan Malaysia di depan selepas mudah mengenepikan cabaran Dionysius Hayom Rumbaka 21-8, 21-8.

Mata kemenangan lebih awal yang diharapkan mampu disumbangkan beregu wanita negara, Wong Pei Tty/Chin Eei Hui juga gagal diterjemahkan apabila pasangan tersebut tewas kepada Greysia Polii/Meiliana Jauhari 21-21, 14, 21.

Perjuangan skuad negara berakhir selepas beregu campuran, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying turut kecundang ditangan Fran Kurniawan Teng/Pia Zebadiah Bernadet 18-21, 15-21.

Begitupun, selaku naib juara, Malaysia layak ke peringkat suku akhir.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved